Alhamdulillah..bulan ini boleh dikatakan
antara set yang semakin mendapat sambutan iaitu Set Kehamilan
Shaklee khas untuk ibu-ibu hamil..Itu maknanya ramai yang akan menimang cahaya
mata tahun ni..Bestnyee..mari kita lihat apa yang terkandung dalam set ini...
Set Kehamilan Shaklee merupakan salah satu pilihan yang ada dipasaran yang memberikan nutrisi,vitamin dan mineral lengkap untuk ibi-ibu hamil. Agar tempoh kehamilan menjadi kenangan manis utk dikenang.Lagipun setiap ibu pasti mahu memberikan yang terbaik untuk anak yang dikandungnya. Jadi pilihlah makanan tambahan yang berkualiti dan memberikan banyak manfaat kepada ibu dan bayi.
- Vitalea with Iron Formula
- B Complex
- Vitamin C
- Ostematrix
- ESP ( sebaiknya diamalkan lebih2 lagi jika anda masih bf baby)
Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu
tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di
mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah
anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh
itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana
ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat
penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin,
mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu
memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi
menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk
mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan
pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung
ketika janin baru terbentuk.
Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam
pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan
juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam
penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan
tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7
biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan
kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang
membawa oksigen dalam darah.
OsteMatrix(calcium magnesium) - 4
biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan
1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin
D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta
menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium
sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang
bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan
produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki
rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung
serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan
darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan
pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya
kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi
tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang
ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada
risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein - minum sehari
sekali
Ianya sangat penting untuk membina
dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat
diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk
pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu
pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP
juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness
yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain
itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk
otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi
bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu
aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika
memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Nanti, masuk trimester kedua,
bolehlah mulakan pengambilan Omega Guard.
Omega Guard - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu
pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang
sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan
otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam
badan.


0 comments:
Post a Comment