Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

29 Aug 2014

Set Kesuburan Shaklee

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  •  Tiub fallopian tersumbat
  •  Endometriosis
  •  Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang    mengganggu penghasilan telur)
  •  Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  •  Masalah hormon
  •  Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  •  Menopous sebelum waktunya
  •  Masalah tiroid
  •  Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  •  Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  •  Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  •  Menghidap hernia
  •  Gangguan hormon
  •  Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.



Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:


Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA -  membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

SET KESUBURAN CADANGAN UNTUK PERMULAAN: 

Untuk Suami : vitalea+b complex+vita C bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : vitalea+b complex+vita C bersama +Alfalfa dan GLA 

Supplemen ini hanyalah sebagai persediaan fizikal dalam usaha mendapatkan zuriat. Kesihatan suami isteri turut berperanan penting dalam proses mendapatkan zuriat. Rezeki sesungguhnya hanya dari Allah. Sentiasa terus berusaha dan berdoa semoga Allah mengurniakan anak kepada kita.

7 Aug 2014

Set Kesuburan Untuk Lelaki & Wanita


Assalammualaikum & selamat pagi.. 

Semoga semua reader blog ni ceria & bahagia selalu. Saya nak sharekan entry tentang 
set kesuburan, bagi mereka yang sedang cuba untuk hamil dan ingin hamil lagi.

Biasanya waktu subur dikira pada hari ke 13,14 dan 15 hb bermula hari pertama datang bulan bagi isteri. Antara penyebab isteri belum disahkan hamil adalah kerana kitaran haid isteri yang tidak teratur dan sperma suami yang lemah. Walaubagaimana pun, kita hanya mampu merancang. Ada pelbagai cara untuk kita usahakan untuk hamil, yang penting jangan pernah putus asa berusaha dan selalulah memohon kepada Allah, berdoa dan bersedekah.

Penyelesaian terbaik, suami isteri mestilah saling memahami dan ikhtiar untuk memperolehi cahaya mata. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.

Dalam shaklee kami syorkan supplements di bawah ini khas untuk anda yang mahu hamil.


Untuk isteri:

Alfalfa 
membantu memberikan keselesaan ketika bersama

GLA Complex 
*GLA membantu mereka yang mengalami kitaran haid tidak teratur atau tidak tetap serta masalah senggugut ketika pra haid yang selalu dialami oleh para isteri.
*membantu meningkatkan kesuburan isteri sekaligus meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku.
*membantu untuk sperma hidup lebih lama dalam tiup fallopio lalu meningkatkan peluang untuk persenyawaan berlaku.


Untuk suami:

Zinc
Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi daripada organ lain. Mesti diambil kerana zink merupakan mineral penting untuk kesuburan lelaki.meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki.

Vitamin E
*lebih bertenaga dan meningkatkan keinginan seksual.
*membantu membentuk sel sperma yang sihat.
*juga bagus diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual 


Bagaimana dia membantu dalam kesuburan?
GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. 
Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.. 

3 Jun 2014

Promo Jun 2014 "Vitamin Cinta" Shaklee

Wow wee...berita baik buat penggemar Vitamin E, atau bagi mereka yang baru nk cuba2 consume Vitamin E.

Sempena bulan promo ni, dengan pembelian 6botol Vitamin E secara automatiknya anda layak:

- membeli dengan HARGA AHLI yang mana lebih murah dalam 25% daripada harga retail...
super duper jimat tuu..
- mendapat FREE MEMBERSHIP...jimat lagi RM65 tau...
- mendapat FREE 1 BOTOL VITAMIN E...jimat lagi RM149!

Cuba kira sendiri berapa total penjimatan yang anda dapat. 
Memang berbaloi2.... 

19 May 2014

Jangka Hayat Penggunaan Setiap Vitamin Shaklee


Mungkin ramai yang mengandaikan vitamin shaklee adalah 
produk yang mahal dan tak mampu untuk dimiliki. Tangkapan anda mungkin silap 
bila merujuk pada gambar di atas. Ada sesetengah vitamin yang dapat bertahan selama 
hampir 4 bulan. Rasanya dengan memiliki vitamin shaklee adalah sesuatu yang menjimatkan. 

Bayangkan dengan keadaan cuaca yang tak menentu yang boleh mendatangkan pelbagai  penyakit. Paling tidak sebulan sekali pasti klinik akan kita kunjungi. Cuba kira berapa kos untuk rawatan dan ubat untuk seorang. Ini tak termasuk seisi keluarga. 

Dengan pengambilan vitamin tambahan dalam menu harian kita seisi keluarga, sihat dan penjimatan adalah nikmat berganda yang kita dapat. Pepatah mengatakan mencegah lebih baik dari mengubati. Inisiatif ini perlu kita ambil keutamaan demi melahirkan 
seisi keluarga yang sihat dalaman dan luaran.

29 Apr 2014

Set Berpantang + Menyusu + Kurus Shaklee

Saya amat pasti hampir kesemua ibu yang membaca entri ini sedang berusaha untuk memilih set berpantang + menyusu + kurus yang manakah paling terbaik untuk digunakan selepas melahirkan anak. Tahniah kerana Set berpantang + menyusu + kurus Shaklee termasuk dalam senarai anda! Ini kerana set ini merupakan set paling berkesan, popular dan terlaris di Malaysia! Ianya dijamin selamat, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Secara umumnya set ini adalah gabungan 3 set utama yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna produk kesihatan Shaklee. Apakah kelebihan set berpantang + menyusu + kurus Shaklee? Gabungan 3 set ini membantu ibu yang baru bersalin kekal CERGAS + BERTENAGA + LUKA CEPAT SEMBUH + SUSU BADAN MERIAH + CEPAT LANSING sepanjang tempoh berpantang! Best kan.

1] Set Berpantang Shaklee
Set Bersalin Shaklee terdiri daripada 4 vitamin utama iaitu Vitamin B-Complex, Vitamin C, Multivitamin (Vitalea) dan Zinc Complex.


Apakah kepentingan pengambilan Vitamin ini di dalam waktu berpantang?


(a) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(b) Multivitamin with Iron (Vitalea)  : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.


(c) 
Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(d) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

2]Set Penyusuan asas

Set penyusuan paling asas ialah ESP (Energizing Soy Protein) dan Alfalfa. Kedua-duanya merupakan Milkbooster membantu memperbanyakkan susu ibu. 


Antara kebaikan ESP ialah :
  • ESP memberi tenaga segera dan meningkatkan sistem imun tubuh,badan semakin sihat dan kurang berasa letih
  • ESP memberi rasa kenyang dan membantu penurunan berat badan
  • Mengembalikan keanjalan kulit wajah, tubuh dan juga tidak ketinggalan payudara semakin mantap!
  • Menjadikan kulit halus dan cantik serta memudarkan parut jerawat. Protein membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
  • ESP Milk Booster terbaik membantu penghasilan susu badan dengan cepat
  • ESP memberi rasa susu badan yang lebih pekat dan berkrim. Kesannya bayi cepat kenyang dan tidur lebih lena
  • Mengatasi masalah rambut gugur dan memperbaiki keupayaan seksual
Selain sebagai Milkbooster, Alfalfa juga bertindak sebagai pelawas dan detoks yang membantu melawaskan sistem percernaan dan membuang toksin di dalam badan. Alfalfa turut membantu mengatasi masalah keputihan serta bertindak sebagai perapat dalam hubungan suami isteri.


3]Set Kurus Shaklee (ESP+Alfalfa+Lecithin) 

a] ESP - memberi rasa kenyang dan bertenaga serta mampu membakar 35% kalori. 


b] Alfalfa - bertindak sebagai detoks dan pelawas. 

c] Lecithin - membakar lemak berlebihan di dalam tubuh.



Secara ringkasnya set berpantang + Menyusu + kurus Shaklee mengandungi suplemen berikut :


1]Vitalea (Multivitamin)

2]Vitamin B Complex
3]Vitamin C
4]Zinc Complex
5]ESP (Protein soya)
6]Alfalfa
7]Lecithin 

Jom kita lihat sebahagian testimoni pengguna set ini.

Testimoni 1: Luka cepat sembuh+bertenaga+susu meriah


Testimoni 2: Badan cergas+susu bertambah+berat badan ideal


Testimoni 3: Set Menyusu+Kurus= Turun 20kg dan susu badan meriah


Jika anda berminat mencuba produk ini...

22 Apr 2014

Tip Untuk Hamil Dengan Cepat

Hari ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk hamil dan cadangan Vitamin Shaklee untuk membantu kesuburan untuk pasangan yang belum dikurniakan anak/ zuriat, cukup stresskan kalau tiap kali orang tanya macam2 soklan mengenai anak...

Jom kita baca sikit tips-tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan dan seterusnya hamil dengan cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi . Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (tiub falopio). Persenyawaan akan terjadi danselepas itu telur yg bersenyawa akan mengalami impantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaiman sistem reporduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda. pastikan anda bebas dari sebarng masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan danmengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama setahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperna dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopio anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat bdana yang ideal . Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberi masalah kepada kesuburananda. kawal berat badan dan kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI antara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT (suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yg lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan lebih cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas. Posisi ini mungkin terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalan faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami juga pada tahap optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pramatang, eloklah anda berbincang dengan doktor. ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurankan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplement zinc complex untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin. Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalaj kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyak wanita PCOS dapat menjadikan haid mereka kembali dan seterusnya berovulasi secara semulajadi.
• Amalkan memakan lelemak moniunsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera)
• Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
• Makan makan yang berserat tinggi seperi sayuran dan whole grains seperti oats
• Kurangkan pengambilan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
• Kurangkan makanan berasaskan susu sepertu aiskrim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful. Memanf tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ini. Walaubagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti2 ringan yg boleh mengurangkan tekanan seperti :
• Memasak
• Bersenam
• Mendengar muzik
• Membaca dan mendengar audiobooks
• Manjakan masa dengan kawan dan keluarga
• Beromantik dengan suami

11. Jauhi la dadah, janagn merokok dan jgn dekati minuman keras. Merokok, pengambilan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran janin dan komplikasi kehamilan. pastikan segala ubatan selamat dimakan dan terhadkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK KESUBURAN SUAMI ISTERI  

• Vitamin E, Zinc Complex & B Complex ♥ Suami
• Alfalfa, B Complex & GLA Complex ♥ Isteri


♥ Boleh add on VitaLea sebagai nutrisi tambahan kerana VitaLea adalah multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk keperluan tubuh dan elak HB rendah.
♥ Boleh juga tambah ESSP untuk membantu dalam pembinaan sel-sel baru yang sihat. 

Anda berminat dengan cadangan daripada saya ini? InshaaAllah yang penting kita berusaha, Allah penentu segalanya..  

Source : alamhamil.com 

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.