Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts

29 Aug 2014

Set Kesuburan Shaklee

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  •  Tiub fallopian tersumbat
  •  Endometriosis
  •  Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang    mengganggu penghasilan telur)
  •  Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  •  Masalah hormon
  •  Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  •  Menopous sebelum waktunya
  •  Masalah tiroid
  •  Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  •  Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  •  Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  •  Menghidap hernia
  •  Gangguan hormon
  •  Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.



Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:


Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA -  membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

SET KESUBURAN CADANGAN UNTUK PERMULAAN: 

Untuk Suami : vitalea+b complex+vita C bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : vitalea+b complex+vita C bersama +Alfalfa dan GLA 

Supplemen ini hanyalah sebagai persediaan fizikal dalam usaha mendapatkan zuriat. Kesihatan suami isteri turut berperanan penting dalam proses mendapatkan zuriat. Rezeki sesungguhnya hanya dari Allah. Sentiasa terus berusaha dan berdoa semoga Allah mengurniakan anak kepada kita.

8 Aug 2014

Promosi GLA Complex Shaklee Ogos 2014



Assalamualaikum ... 

Ada yang tak tahu lagi? Dah masuk 2 minggu heboh, havoc pasal promosi setahun sekali ni. Bulan Ogos 2014 ini adalah bulan promo untuk GLA Complex!! 

Yang tak pernah dengar GLA ni pasti teruja yang Shaklee juga ada evening primrose oil. GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

Mari kita baca kebaikan GLA Complex Shaklee :
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri. 
  • Membantu menangani ekzema. 
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis. 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri. 
  • Menguatkn immuniti badan. 
  • Mempelahankn process penuaan. 
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung. 
  • Mengawal kencing manis 
  • Mengawal kolesterol. 
  • Bagus untuk saraf. 

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

Memang bestkan GLA Shaklee ni? Banyak kebaikannya. Jadi bagaimana? Anda mahu GLA atau tunggu dulu... Sampai bila mahu tunggu untuk memiliki GLA? Rugi... rugi...

7 Aug 2014

Set Kesuburan Untuk Lelaki & Wanita


Assalammualaikum & selamat pagi.. 

Semoga semua reader blog ni ceria & bahagia selalu. Saya nak sharekan entry tentang 
set kesuburan, bagi mereka yang sedang cuba untuk hamil dan ingin hamil lagi.

Biasanya waktu subur dikira pada hari ke 13,14 dan 15 hb bermula hari pertama datang bulan bagi isteri. Antara penyebab isteri belum disahkan hamil adalah kerana kitaran haid isteri yang tidak teratur dan sperma suami yang lemah. Walaubagaimana pun, kita hanya mampu merancang. Ada pelbagai cara untuk kita usahakan untuk hamil, yang penting jangan pernah putus asa berusaha dan selalulah memohon kepada Allah, berdoa dan bersedekah.

Penyelesaian terbaik, suami isteri mestilah saling memahami dan ikhtiar untuk memperolehi cahaya mata. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.

Dalam shaklee kami syorkan supplements di bawah ini khas untuk anda yang mahu hamil.


Untuk isteri:

Alfalfa 
membantu memberikan keselesaan ketika bersama

GLA Complex 
*GLA membantu mereka yang mengalami kitaran haid tidak teratur atau tidak tetap serta masalah senggugut ketika pra haid yang selalu dialami oleh para isteri.
*membantu meningkatkan kesuburan isteri sekaligus meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku.
*membantu untuk sperma hidup lebih lama dalam tiup fallopio lalu meningkatkan peluang untuk persenyawaan berlaku.


Untuk suami:

Zinc
Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi daripada organ lain. Mesti diambil kerana zink merupakan mineral penting untuk kesuburan lelaki.meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki.

Vitamin E
*lebih bertenaga dan meningkatkan keinginan seksual.
*membantu membentuk sel sperma yang sihat.
*juga bagus diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual 


Bagaimana dia membantu dalam kesuburan?
GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. 
Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.. 

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.