Showing posts with label Sakit Sendi Tulang & Otot. Show all posts
Showing posts with label Sakit Sendi Tulang & Otot. Show all posts

21 Apr 2014

Apa Itu AJHT?

Ekstrak Boswellia - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Jadi Ekstrak Boswellia iaitu gum resin yang mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat (sumber: pokok Boswellia serrate) dapat menyokong keselesaan sendi-sendi anda. Asid Boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi dan contohnya, dapat mengatasi radang sendi lutut, sendi bahu dan sebagainya



Ekstrak Jagung - Ekstrak jagung membekalkan sumber pekat glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan dalam jangka masa panjang. Glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia. Jadi Joint Health Tablet membantu meningkatkatkan glukosamina dalam tubuh. Ekstrak jagung juga menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas yang menjadikan sendi lebih fleksibel. Jadi berita baik bagi penggemar jagung.  Anda boleh meneruskan makan jagung kesukaan anda -_^. 




Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C - Merupakan nutrien penting dalam membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung yang memberikan kekuatan struktur terhadap sendi. 100% Nilai Harian Vitamin C dalam Advanced Joint Health Tablet (AJHT) disediakan sebagai nutrien penting untuk sintesis kolagen. Kolagen merupakan salah satu komponen dalam pembentukan tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain dalm tubuh. Manakala sebanyak 10% Nilai Harian mineral surih zink, tembaga dan mangan yang terdapat dalam setiap biji kapsul (AJHT) membantu enzim-enzim membina kolagen dan glikosaminoglikan dalam tubuh. Jadi mineral-mineral dan vitamin Cmemelihara tisu penyambung yang sihat untuk sendi yang kuat dan sihat. 



Siapa yg perlukan AJHT?
~~ Lelaki dan wanita dewasa yang memerlukan produk 100% semulajadi untuk 
     meningkatkan dan mengekalkan kesihatan sendi mereka.

~~ Mereka yang sering sakit sendi tulang

~~ Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif

~~ Orang yang sering melakukan perkerjaan mengangkat beban berat.


Jadi bagaimana nk dapatkan ADVANCE JOINT HEALTH TABLET?? 

17 Mar 2014

Sakit Sendi, Tulang & Otot..???





Sakit sendi/ tulang memang boleh terjadi, tidak kira peringkat umur, samada tua mahupun muda. Bila sakit sendi, ia pastinya mengganggu pergerakan kita. Betul tak? 

Secara umunya, sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Bagi mereka yang selalu melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat bebanan pasti akan menyebabkan rasa sakit di bahu dan pinggang. Tak ketinggalan mereka yang aktif bersukan sehingga ada yang terseliuh, ligamen terkoyak / terputus akan membuatkan sendi berasa sakit. Malah kadang-kadang kita sendiri akan berasa tidak selesa atau sakit apabila ingin bangun dari duduk, ketika bersolat dan juga sekiranya kita memandu kereta / menunggang motosikal terlalu lama.


Sebab-Sebab Sakit Sendi


Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.




Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

Selain itu, berat badan yang berlebihan juga akan menyebabkan sendi kita berasa tidak selesa dan sakit.


Kurangkan Sakit Sendi Dengan Shaklee

Cara nak atasi masalah ini, boleh cuba SET KESIHATAN SENDI dari shaklee ini yg terbukti selamat dan InsyaaAllah berkesan.





ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
·         menyokong keselesaan sendi
·         memelihara tisu penyambung yang sihat
·         meningkatkan kesan kusyen


OMEGA GUARD
·         bertindak sbg pelincir
·         mengurangkan inflamasi akibat sakit sendi


OSTEMATRIX
·         mengandungi kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen)
·    mengandungi magnesium (membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang &  menguatkannya)
·        mengandungi Vitamin D (merangsang penyerapan kalsium)

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.