Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts

29 Aug 2014

Set Kesuburan Shaklee

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  •  Tiub fallopian tersumbat
  •  Endometriosis
  •  Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang    mengganggu penghasilan telur)
  •  Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  •  Masalah hormon
  •  Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  •  Menopous sebelum waktunya
  •  Masalah tiroid
  •  Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  •  Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  •  Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  •  Menghidap hernia
  •  Gangguan hormon
  •  Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.



Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:


Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA -  membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

SET KESUBURAN CADANGAN UNTUK PERMULAAN: 

Untuk Suami : vitalea+b complex+vita C bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : vitalea+b complex+vita C bersama +Alfalfa dan GLA 

Supplemen ini hanyalah sebagai persediaan fizikal dalam usaha mendapatkan zuriat. Kesihatan suami isteri turut berperanan penting dalam proses mendapatkan zuriat. Rezeki sesungguhnya hanya dari Allah. Sentiasa terus berusaha dan berdoa semoga Allah mengurniakan anak kepada kita.

26 Aug 2014

Anda TERLALU KURUS?? : Kami Akan Bantu Dengan Set Tambah Berat Badan Shaklee



Anda Mengalami Masalah Kurang Berat Badan? Terlalu Kurus? Sering Pitam? Nak Naikkan Berat Badan Tapi Dengan Cara Sihat Dan Bukan Berat Yang Boyot?? 

Anda patut cuba set tambah berat badan shaklee ni.. memang SUPER POWERR..

✔ MEAL SHAKES
°° Rasa dia memang awesome! Macam rasa vanila shakes. Meal Shakes kaya dengan PROTEIN dimana pengambilan protein amat penting dalam proses menambah berat badan kerana ianya merupakan asas kepada pemakanan tubuh badan kita.

°° Jadi, untuk menambah berat badan, tips simplenya adalah makan makanan yang kaya dengan protein. Apabila sel kita sihat hasil daripada pengambilan protein yang berkualiti seperti meal shakes, maka badan kita lebih mudah untuk menyerap segala kebaikan zat dan vitamin. 

°° Meal Shakes juga membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang penting. Ia mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. 

✔ VITA-LEA
°° Vita-Lea pula merupakan multivitamin dengan formulasi zat besi yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA di dalam setiap tablet. 

°° Wow!! Ianya merupakan elemen penting bagi sel tubuh yang menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. 

°° Vita-Lea merupakan supplement penting kerana ia memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu, mengelakkan pitam dan pening. 

✔ B COMPLEX
°° Pengambilan vitamin B Complex juga penting bagi mereka yang ingin menambahkan berat badan. Si kurus biasanya akan berasa cepat letih dan lesu. B Complex menukarkan makanan kepada tenaga, dimana ia mambantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan. 

°°Istimewanya B Complex Shaklee ni ialah ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia juga mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Anda nak tambah berat badan??

Dapatkan SEKARANG dengan HARGA KASIH SAYANG yg HEBAT dari KAMI!!

>FREE! - Khidmat nasihat & konsultasi
>FREE! - Jadual pengambilan vitamin

19 May 2014

Jangka Hayat Penggunaan Setiap Vitamin Shaklee


Mungkin ramai yang mengandaikan vitamin shaklee adalah 
produk yang mahal dan tak mampu untuk dimiliki. Tangkapan anda mungkin silap 
bila merujuk pada gambar di atas. Ada sesetengah vitamin yang dapat bertahan selama 
hampir 4 bulan. Rasanya dengan memiliki vitamin shaklee adalah sesuatu yang menjimatkan. 

Bayangkan dengan keadaan cuaca yang tak menentu yang boleh mendatangkan pelbagai  penyakit. Paling tidak sebulan sekali pasti klinik akan kita kunjungi. Cuba kira berapa kos untuk rawatan dan ubat untuk seorang. Ini tak termasuk seisi keluarga. 

Dengan pengambilan vitamin tambahan dalam menu harian kita seisi keluarga, sihat dan penjimatan adalah nikmat berganda yang kita dapat. Pepatah mengatakan mencegah lebih baik dari mengubati. Inisiatif ini perlu kita ambil keutamaan demi melahirkan 
seisi keluarga yang sihat dalaman dan luaran.

29 Apr 2014

Set Berpantang + Menyusu + Kurus Shaklee

Saya amat pasti hampir kesemua ibu yang membaca entri ini sedang berusaha untuk memilih set berpantang + menyusu + kurus yang manakah paling terbaik untuk digunakan selepas melahirkan anak. Tahniah kerana Set berpantang + menyusu + kurus Shaklee termasuk dalam senarai anda! Ini kerana set ini merupakan set paling berkesan, popular dan terlaris di Malaysia! Ianya dijamin selamat, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Secara umumnya set ini adalah gabungan 3 set utama yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna produk kesihatan Shaklee. Apakah kelebihan set berpantang + menyusu + kurus Shaklee? Gabungan 3 set ini membantu ibu yang baru bersalin kekal CERGAS + BERTENAGA + LUKA CEPAT SEMBUH + SUSU BADAN MERIAH + CEPAT LANSING sepanjang tempoh berpantang! Best kan.

1] Set Berpantang Shaklee
Set Bersalin Shaklee terdiri daripada 4 vitamin utama iaitu Vitamin B-Complex, Vitamin C, Multivitamin (Vitalea) dan Zinc Complex.


Apakah kepentingan pengambilan Vitamin ini di dalam waktu berpantang?


(a) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(b) Multivitamin with Iron (Vitalea)  : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.


(c) 
Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(d) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

2]Set Penyusuan asas

Set penyusuan paling asas ialah ESP (Energizing Soy Protein) dan Alfalfa. Kedua-duanya merupakan Milkbooster membantu memperbanyakkan susu ibu. 


Antara kebaikan ESP ialah :
  • ESP memberi tenaga segera dan meningkatkan sistem imun tubuh,badan semakin sihat dan kurang berasa letih
  • ESP memberi rasa kenyang dan membantu penurunan berat badan
  • Mengembalikan keanjalan kulit wajah, tubuh dan juga tidak ketinggalan payudara semakin mantap!
  • Menjadikan kulit halus dan cantik serta memudarkan parut jerawat. Protein membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
  • ESP Milk Booster terbaik membantu penghasilan susu badan dengan cepat
  • ESP memberi rasa susu badan yang lebih pekat dan berkrim. Kesannya bayi cepat kenyang dan tidur lebih lena
  • Mengatasi masalah rambut gugur dan memperbaiki keupayaan seksual
Selain sebagai Milkbooster, Alfalfa juga bertindak sebagai pelawas dan detoks yang membantu melawaskan sistem percernaan dan membuang toksin di dalam badan. Alfalfa turut membantu mengatasi masalah keputihan serta bertindak sebagai perapat dalam hubungan suami isteri.


3]Set Kurus Shaklee (ESP+Alfalfa+Lecithin) 

a] ESP - memberi rasa kenyang dan bertenaga serta mampu membakar 35% kalori. 


b] Alfalfa - bertindak sebagai detoks dan pelawas. 

c] Lecithin - membakar lemak berlebihan di dalam tubuh.



Secara ringkasnya set berpantang + Menyusu + kurus Shaklee mengandungi suplemen berikut :


1]Vitalea (Multivitamin)

2]Vitamin B Complex
3]Vitamin C
4]Zinc Complex
5]ESP (Protein soya)
6]Alfalfa
7]Lecithin 

Jom kita lihat sebahagian testimoni pengguna set ini.

Testimoni 1: Luka cepat sembuh+bertenaga+susu meriah


Testimoni 2: Badan cergas+susu bertambah+berat badan ideal


Testimoni 3: Set Menyusu+Kurus= Turun 20kg dan susu badan meriah


Jika anda berminat mencuba produk ini...

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.