Showing posts with label Energizing Soy Protein (ESP). Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein (ESP). Show all posts

13 Aug 2014

Tips-Sarapan-Pagi-Bersama-ESP-Shaklee-Untuk-Kekal-Bertenaga

Untuk entry kali ini, saya nk kongsikan dgn semua tips sarapan pagi bersama produk terlaris Shaklee iaitu ESP (ENERGIZING SOY POWDER).

Sarapan pagi adalah perkara penting yang perlu di ambil oleh semua orang. Dengan bersarapan, badan anda kekal bertenaga dan sihat. Walaupun anda tahu perkara ini, masih ramai yang mengambil mudah dengan skip dari makan di waktu pagi.

Kesannya anda akan berasa letih dan cepat mengantuk walaupun jam baru pukul 10 pagi. Sudah tentu, anda tidak dapat mengekalkan mutu kerja dan mood juga tidak berada dalam keadaan baik.


ESP ini memang peberet saya. Masa awal kenal Shaklee iaitu semasa mengandungkan anak ketiga saya Insyira, saya sudah start minum ESP ini. Sememangnya yg terbaik. Saya selalu minum di awal waktu pagi sebelum pergi ke pejabat sebab biasa saya tidak sempat untuk sarapan pagi di pejabat. Cukup dengan 1 sudu ESP + susu strawberi MariGold/Dutch Lady dan bancuh sedikit dgn air kosong sejuk. goncang goncang goncang minum.. sedap... mabeles... urrmmmpp~~~ hehehe...


~Kesan Tidak Mengambil Sarapan Pagi~

Moody
Perut yang lapar akan membuatkan mood anda berada dalam keadaan tidak menentu.Anda berasa serba tidak kena dan mudah untuk marah-marah.Jadi bagi yang bekerja dengan tekanan tinggi amat disarankan mengambil sarapan supaya anda berasa tenang sekali

Kegemukan 
Ramai orang yang hendak kurus tetapi mengamalkan diet yang salah. Anda berpendapat, dengan tidak makan,anda dapat mengurangkan berat badan dengan pantas. Kaedah ini adalah salaha kerana, jika anda skip sarapan, anda akan berasa lapar dan kesannya kita akan makan dengan banyak pada waktu tengahari. Ini adalah diet yang tidak seimbang untuk mereka yang hendak kuruskan badan. 

Daya Tumpuan Berkurangan 
Pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian di waktu persekolahan atau peringkat universiti pasti akan mencatatkan keputusan yang kurang memberangsangkan. Ini kerana mereka akan mengantuk di dalam kelas dan otak tidak dapat menangkap apa yang di sampaikan oleh tenaga pengajar. Jadi Ibu bapa boleh membekalkan Meal Shakes kepada anak yang berada di sekolah atau ESP Shaklee bagi yang belajar di Universiti. 

Ramai yang berkata bahawa walaupun bangun sebelum subuh,mereka masih tidak sempat untuk menyediaakan sarapan. Ini kerana mereka perlu bersiap awal untuk ke tempat kerja. Jika lambat, alamatnya tersangkut di jalanraya di sebabkan kesesakan lalulintas. 

Ada juga maklum balas dari kawan saya yang merupakan seorang cikgu yang kadangkala terpaksa skip bersarapan. Ini kerana beliau pergi sekolah di awal pagi dan hanya mengambil sarapan pada pukul 10 pagi. 


~Ambil Langkah Yg Sewajarnya~ 

Dari situ, saya mencadangkan satu bentuk sarapan yang mudah di ambil oleh mereka. Walaupun simple, ia tetap memberikan nutrisi yang secukupnya untuk keperluan tubuh badan anda. Sarapan yang saya maksudkan adalah ESP Shaklee yang sememangnya cukup mudah untuk disediakan. 

Anda hanya perlu memasukkan 1 sudu ESP Shaklee ke dalam shaker dan menggoncangnya. Dan yang seronoknya ia boleh di tambah dengan minuman kesukaan anda yang lain bagi memberikan sedikit kelainan ketika menikmatinya. 

Bagi rakan-rakan yang tidak sempat untuk menyediaakan sarapan di waktu pagi, apakata anda mencuba ESP Shaklee untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Jadi sangat berbaloi mengamalkan ESP ini. Itulah sebabnya ESP sentiasa out of stock dan sangat laris. 1 canister ESP boleh tahan lebih kurang dalam 2 bulan. 


Jom kita tengok siapa yang perlukan ESP dalam kehidupan seharian. 

1. Ibu menyusu

2. Ibu hamil

3. Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan

4. Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan

5. Mereka yang mengalami masalah kesuburan

6. Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 di badan)

7. Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan 

8. Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus

9. Wanita yang inginkan payudara anjal

10. Sesuai untuk kanak2 sehinggalah warga emas 



Untuk mendapatkan ESP dengan harga istimewa...

23 Jun 2014

Kekal Bertenaga Di Bulan RAMADHAN Dengan Shaklee


Alhamdulillah.. bagi seluruh umat Islam, bulan RAMADHAN merupakan bulan yang dinanti-nantikan. Ini kerana, selain berpuasa membersihkan dosa serta menyucikan jiwa, ia juga dilihat sebagai bulan menyah-toksin tubuh.

Jom saya cerita set yang hot untuk bulan Ramadhan. Pilihan ini sangat sesuai untuk semua.... 
kanak-kanak ,ibu hamil, ibu menyusu, pesakit gastrik, warga emas dan semua golongan. 


1) ESP/ Protein (KURANG RASA LAPAR) 
a. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita. 
b. Mengatasi masalah GASTRIK 
c. MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum pada yang hamil 
d. Kulit lebih anjal, tegang dan berseri 

2) Performance Drink (KURANG RASA HAUS) 
a. Mengekalkan kandungan air di dalam badan
b.Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH HIDRASI
c. Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga

3) Meal Shakes (KURANG RASA LETIH) 
a. Setiap bancuhan MealShake memberikan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.
b. Mengenyangkan dan memberi tenaga
c. Elakkan sembelit

Saranan pengambilan produk Shaklee di bulan Puasa!

Waktu Berbuka Puasa ~ 
Berbuka dimulai dengan kurma lebih afdal berbanding kuih muih manis serta kurang serat yang dibeli di bazar Ramadhan. Selain juadah utama, anda boleh tambahkan gabungan terbaik minuman Performance Orange dan ESP Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk tenaga tambahan bagi menunaikan solat terawih di samping mengambil Alfalfa untuk Proses detoksifikasi tubuh.

Sebelum Tidur ~ 
Amalkan segelas ESP berserta vitamin lain seperti Vita-Lea, B-Complex, Chewable Vita C untuk meningkatkan sistem imun anda bagi mengelak penyakit biasa seperti batuk, demam dan selesema memandangkan cuaca yang lebih panas di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Banyakkan meminum air.

Waktu Bersahur ~ 
Anda boleh mengambil nasi atau apa jua juadah sahur. Namun, memandangkan waktu yang singkat ditambah kesukaran mengejutkan anak bersahur; gabungan minuman Performance Orange dan ESP dapat memudahkan para ibu untuk memberikan yang terbaik buat keluarga agar kekal bertenaga pada siang hari. Juga jangan lupakan Alfalfa untuk program detoksifikasi anda! 

Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupun Set Bulan Ramadhan Shaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai Set Bulan Ramadhan Shaklee ataupun produk produk yang lain boleh hubungi saya...

19 May 2014

Jangka Hayat Penggunaan Setiap Vitamin Shaklee


Mungkin ramai yang mengandaikan vitamin shaklee adalah 
produk yang mahal dan tak mampu untuk dimiliki. Tangkapan anda mungkin silap 
bila merujuk pada gambar di atas. Ada sesetengah vitamin yang dapat bertahan selama 
hampir 4 bulan. Rasanya dengan memiliki vitamin shaklee adalah sesuatu yang menjimatkan. 

Bayangkan dengan keadaan cuaca yang tak menentu yang boleh mendatangkan pelbagai  penyakit. Paling tidak sebulan sekali pasti klinik akan kita kunjungi. Cuba kira berapa kos untuk rawatan dan ubat untuk seorang. Ini tak termasuk seisi keluarga. 

Dengan pengambilan vitamin tambahan dalam menu harian kita seisi keluarga, sihat dan penjimatan adalah nikmat berganda yang kita dapat. Pepatah mengatakan mencegah lebih baik dari mengubati. Inisiatif ini perlu kita ambil keutamaan demi melahirkan 
seisi keluarga yang sihat dalaman dan luaran.

29 Apr 2014

Set Berpantang + Menyusu + Kurus Shaklee

Saya amat pasti hampir kesemua ibu yang membaca entri ini sedang berusaha untuk memilih set berpantang + menyusu + kurus yang manakah paling terbaik untuk digunakan selepas melahirkan anak. Tahniah kerana Set berpantang + menyusu + kurus Shaklee termasuk dalam senarai anda! Ini kerana set ini merupakan set paling berkesan, popular dan terlaris di Malaysia! Ianya dijamin selamat, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Secara umumnya set ini adalah gabungan 3 set utama yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna produk kesihatan Shaklee. Apakah kelebihan set berpantang + menyusu + kurus Shaklee? Gabungan 3 set ini membantu ibu yang baru bersalin kekal CERGAS + BERTENAGA + LUKA CEPAT SEMBUH + SUSU BADAN MERIAH + CEPAT LANSING sepanjang tempoh berpantang! Best kan.

1] Set Berpantang Shaklee
Set Bersalin Shaklee terdiri daripada 4 vitamin utama iaitu Vitamin B-Complex, Vitamin C, Multivitamin (Vitalea) dan Zinc Complex.


Apakah kepentingan pengambilan Vitamin ini di dalam waktu berpantang?


(a) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(b) Multivitamin with Iron (Vitalea)  : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.


(c) 
Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(d) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

2]Set Penyusuan asas

Set penyusuan paling asas ialah ESP (Energizing Soy Protein) dan Alfalfa. Kedua-duanya merupakan Milkbooster membantu memperbanyakkan susu ibu. 


Antara kebaikan ESP ialah :
  • ESP memberi tenaga segera dan meningkatkan sistem imun tubuh,badan semakin sihat dan kurang berasa letih
  • ESP memberi rasa kenyang dan membantu penurunan berat badan
  • Mengembalikan keanjalan kulit wajah, tubuh dan juga tidak ketinggalan payudara semakin mantap!
  • Menjadikan kulit halus dan cantik serta memudarkan parut jerawat. Protein membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
  • ESP Milk Booster terbaik membantu penghasilan susu badan dengan cepat
  • ESP memberi rasa susu badan yang lebih pekat dan berkrim. Kesannya bayi cepat kenyang dan tidur lebih lena
  • Mengatasi masalah rambut gugur dan memperbaiki keupayaan seksual
Selain sebagai Milkbooster, Alfalfa juga bertindak sebagai pelawas dan detoks yang membantu melawaskan sistem percernaan dan membuang toksin di dalam badan. Alfalfa turut membantu mengatasi masalah keputihan serta bertindak sebagai perapat dalam hubungan suami isteri.


3]Set Kurus Shaklee (ESP+Alfalfa+Lecithin) 

a] ESP - memberi rasa kenyang dan bertenaga serta mampu membakar 35% kalori. 


b] Alfalfa - bertindak sebagai detoks dan pelawas. 

c] Lecithin - membakar lemak berlebihan di dalam tubuh.



Secara ringkasnya set berpantang + Menyusu + kurus Shaklee mengandungi suplemen berikut :


1]Vitalea (Multivitamin)

2]Vitamin B Complex
3]Vitamin C
4]Zinc Complex
5]ESP (Protein soya)
6]Alfalfa
7]Lecithin 

Jom kita lihat sebahagian testimoni pengguna set ini.

Testimoni 1: Luka cepat sembuh+bertenaga+susu meriah


Testimoni 2: Badan cergas+susu bertambah+berat badan ideal


Testimoni 3: Set Menyusu+Kurus= Turun 20kg dan susu badan meriah


Jika anda berminat mencuba produk ini...

Ibu Menyusu Boleh Turunkan Berat Badan Dengan Lecithin

Assalammua'laikum semua...:) Pasti ramai ibu-ibu yang baru delivered risau akan keadaan diri yang nampak mengelebeh dan semakin kembang kan? Jangan risau yer ibu-ibu semua... Shaklee dapat membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Pasti anda inginkan bentuk badan seperti di bawah kan?

No, no, no!! Diet bukan penyelesaiannya ye. Dan bagi ibu-ibu yang breastfeeding..anda jgn risau. Baby anda adalah lipo-suction yang terbaik. Dan di sini, dengan adanya Lecithin Shaklee, ia dapat membantu meningkatkan tahap pembakaran lemak-lemak degil yang terkumpul. :) Bagi ibu-ibu breastfeeding yang mengamalkan supplement Shaklee ni, anda hanya perlu menambah pengambilan Lecithin, bagi membantu memecahkan lemak :) Dan bagi ibu-ibu breasyfeeding yang masih lagi tercari-tercari supplement untuk membantu meningkatkan susu badan dan kurus, anda boleh mencuba Set Slimming Breastfeeding Shaklee ni. Memang Berbaloi :).

Kepada yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupun Set Slimming Breastfeeding Shaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai Set Slimming Brestfeeding Shaklee ataupun produk produk yang lain...

27 Apr 2014

Stretch Marks Semasa Hamil

Apakah Stretch Marks?

Stretch Marks berlaku terutamanya pada ibu hamil di mana kulit mengalami regangan yang terlampau disebabkan pertumbuhan bayi dalam perut. Regangan yang terlampau akan membuatkan lapisan kulit kita pecah dan akan timbullah garisan yang tidak diingini. Kebiasaaannya ia berlaku di perut, paha, punggung dan juga di bahagian payudara. Ia juga berlaku bila keadaan ibu yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak semasa hamil.

Tips bagaimana meminimakan stretch marks sewaktu hamil:

1. Ambil makanan sihat untuk melembabkan kulit anda. Ambil vitamin prenatal dan makan makanan dengan kalori yang betul dari makanan berkhasiat iaitu yang mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayuran.

2. Minum 8 gelas air masak atau lebih untuk menjaga kelembapan dan elastisiti kulit.

3. Berjaga-jaga dengan peningkatan berat badan, pastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amaun yang disyorkan.

4. Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretchmarks seperti di payudara, paha dan pinggul setiap pagi dan malam dengan pemakaian losen atau minyak coco butter dan sebagainya.

5. Pengambilan diet yang tinggi protein. Protein akan merangsang komposisi kolagen kulit, dengan peningkatan kolagen ini akan mengurangkan kesan stretch marks yang ada. Pengambilan yang konsisten sudah pasti akan merubah kepada keadaan yang lebih baik.

Shaklee mengesyorkan produknya yang boleh memperbaiki struktur kulit secara dalaman hingga luaran iaitu dengan pengambilan ESP.  




Malah untuk suami mengambil bersama-sama pun digalakkan sebab ada kes perut suami yang sentiasa mengandung tetapi tak bersalin (perut buncit). Hehehehe… 

ESP (Energy Soy Protein):
1. Menganjalkan kembali kulit yang mengeleber disebabkan proses mengandung dan disebabkan stretch mark.

2. Memperbaiki dan menggantikan sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru iaitu memperbaiki kulit yang terdapat stretch mark.

3. Menjadikan tona kulit sekata di keseluruhan badan.

4. Mengembalikan radian kulit dan kepejalan kulit.




* Pengambilan ESP perlu diambil secara konsisten yea. Baru boleh dapat hasil yang diharapkan.

21 Apr 2014

Promosi Shaklee Bulan Mac 2014






Jom saya share sikit sebanyak tentang  Kelebihan Shaklee ESP
  • Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • Tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster 
  • Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati tersebut).
Ia JUGA MEMBANTU penyerapan vitamin lain dengan lebih baik!!



Supplement Untuk Ibu Hamil



Alhamdulillah..bulan ini boleh dikatakan antara set yang semakin mendapat sambutan iaitu Set Kehamilan Shaklee khas untuk ibu-ibu hamil..Itu maknanya ramai yang akan menimang cahaya mata tahun ni..Bestnyee..mari kita lihat apa yang terkandung dalam set ini...

Set Kehamilan Shaklee merupakan salah satu pilihan yang ada dipasaran yang memberikan nutrisi,vitamin dan mineral lengkap untuk ibi-ibu hamil. Agar tempoh kehamilan menjadi kenangan manis utk dikenang.Lagipun setiap ibu pasti mahu memberikan yang terbaik untuk anak yang dikandungnya.
Jadi pilihlah makanan tambahan yang berkualiti dan memberikan banyak manfaat kepada ibu dan bayi.



  1. Vitalea with Iron Formula
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix
  5. ESP ( sebaiknya diamalkan lebih2 lagi jika anda masih bf baby)

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Nanti, masuk trimester kedua, bolehlah mulakan pengambilan Omega Guard.

Omega Guard - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.