Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

22 Jan 2015

Apakah Set Vitamin TERBAIK & SEMULAJADI untuk ANAK-ANAK KESAYANGAN ANDA?


Semestinya sebagai ibu bapa kita mencari hanya yg terbaik buat anak tersayang. Sangat beruntung jika anak2 didedahkan dengan vitamin semulajadi sedari kecil supaya mengurangkan pengumpulan2 toksin2 dalam badan akibat dari pemakanan yg tidak sihat seharian. Senarai vitamin kanak-kanak Shaklee yang TERBAIK adalah seperti di bawah:

1) Mealshake
  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

2) Vitalea For Children Chewable
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian untuk vitamin B

3) Chewable Vita C 100 mg
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh 
  • penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Imuniti badan
  • Keseluruhan kesihatan yang baik
  • Sesuai dimakan oleh org dewasa yg tidak boleh menelan pil

4) OmegaGuard
  • Mengandungi minyak ikan
  • Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. 
  • Imuniti badan
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
  • Sistem peredaran darah yang teratur

Vitamin tambahan Shaklee ini dapat membantu membekalkan keperluan vitamin, mineral, kalsium yang cukup sebagai bekalan harian mereka. Hanya yang terbaik diperlukan untuk anak-anak kita bagi memastikan mereka membesar dengan sihat, cergas dan cerdas.

Ingin dapatkan bekalan harian tambahan untuk anak-anak anda, bolehla hubungi saya untuk info lanjut serta konsultansi.

Siapa Yang Memerlukan Omega Guard Shaklee??


Omega Guard Shaklee boleh diambil oleh semua peringkat umur. Namun begitu, golongan yang amat-amat digalakkan untuk mengambil Omega Guard Shaklee adalah :

1) Ibu Hamil. Kenapa???
  • membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan
  • mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
  • mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
  • membantu mengurangkan berat badan yang mencanak naik semasa hamil
  • mengawal kenaikan berat badan

2) Ibu yang menyusukan anak. Kenapa???
  • Omega Guard Shaklee akan menyalurkan Omega-3 untuk sistem imunisasi badan bayi serta membantu perkembangan otak bayi.
  • sangat membantu menurunkan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan. maknanya, semakin cepat la ibu-ibu ni kurus. Dalam pantang wajib ambil ni tau... Kata nak slim kannnn...

3) Kanak-kanak. Kenapa??
  • Omega Guard Shaklee membantu pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan IQ serta kecerdasan otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan terutamanya kanak-kanak yang sering demam, selesema, batuk asma dan ekzema.

4) Mereka yang ada masalah berat badan. Kenapa???
  • Omega Guard Shaklee membantu pembakaran lemak dalam badan dengan lebih cepat berbanding lecithin.
  • Meningkatkan hormon leptin yang mana ia sangat membantu anda untuk mengawal selera makan.

5) Mereka yang sering mengalamai masalah kesihatan. Macammana pulak tu???
  • Maksudnya mereka yang kerap batuk berkahak dan selesema yang berterusan.
  • Sering mengalami sakit sendi dan masalah kolesterol yang tinggi
  • Strok
  • Hypertension

Cara Pengambilan 

Omega Guard Shaklee boleh diambil 1-2 biji sehari selepas makan. Kebiasaannya diambil 1-2 biji selepas makan malam.

***Perlu diingatkan, jika anda mengambil Omega Guard Shaklee ini, anda perlu meminum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari (2 botol besar mineral), barulah anda akan dapat merasai faedah Omega ini pada anda.


Anda berminat??? Boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga teristimewa.

21 May 2014

Supplement Sakit Sendi Dengan Shaklee

Sakit sendi memang boleh terjadi, tidak kira pada mana-mana peringkat umur. Bila sakit sendi, ia serba sedikit mengganggu pergerakkan kita. Betul? 

Secara umunya, sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  1. Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  2. Berat badan berlebihan
  3. Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  4. Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  5. Penyakit sendi seperti arthritis
  6. Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  7. Penyakit tulang
  8. Ketumbuhan
  9. Jangkitan kuman
  10. Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  11. Penyakit kronik
  12. Ubat-ubatan
Kurangkan Sakit Sendi Dengan Shaklee

Untuk produk-produk Shaklee, set untuk kurangkan sakit sendi terdiri daripada:


FUNGSI-FUNGSINYA:

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
 AJHT mengandungi glukosamina, vitamin C, Zinc, Copper, Manganese dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

OSTEMATRIX 
membina sel tulang yang sihat dan memastikan matrix tulang kukuh dan padat

OMEGA GUARD
berfungsi sebagai anti inflamasi dalam sendi



Testimoni Pengguna Set Sendi Shaklee


Tahniah! Cik Linda Din kerana bjaya mdpt kesihatan yg tbaik stlh mjd pngguna set sendi Shaklee ini... smoga impian mjd kenyataan utk bjaya mdaki Gunung Kinabalu yg akn dtg... all d best sis!!

InshaaAllah, kita usaha. Moga Allah mudahkan.

19 May 2014

Jangka Hayat Penggunaan Setiap Vitamin Shaklee


Mungkin ramai yang mengandaikan vitamin shaklee adalah 
produk yang mahal dan tak mampu untuk dimiliki. Tangkapan anda mungkin silap 
bila merujuk pada gambar di atas. Ada sesetengah vitamin yang dapat bertahan selama 
hampir 4 bulan. Rasanya dengan memiliki vitamin shaklee adalah sesuatu yang menjimatkan. 

Bayangkan dengan keadaan cuaca yang tak menentu yang boleh mendatangkan pelbagai  penyakit. Paling tidak sebulan sekali pasti klinik akan kita kunjungi. Cuba kira berapa kos untuk rawatan dan ubat untuk seorang. Ini tak termasuk seisi keluarga. 

Dengan pengambilan vitamin tambahan dalam menu harian kita seisi keluarga, sihat dan penjimatan adalah nikmat berganda yang kita dapat. Pepatah mengatakan mencegah lebih baik dari mengubati. Inisiatif ini perlu kita ambil keutamaan demi melahirkan 
seisi keluarga yang sihat dalaman dan luaran.

22 Apr 2014

Rawat Asma Dan Lelah Anak Anda


Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol didalam peparu menjadi sempit.

Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar utk bersenam. ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. apabila ini terjadi, paru-paru akan kehilangan udara dan pesakit boleh pengsan.


Pembengkakan pada saluran udara bronkiol menyebabkan kesukaran bernafas untuk pesakit asma.



Meskipun asma tidak boleh diubati, ia boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, dimana anak2 kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.


Asma dikalangan kanak-kanak


Menurut kajian, jumlah kanak-kanak yang mengidap asma semakin meningkat dan selalunya akan sembuh apabila usia meningkat hingga 12-13 tahun. kira-kira 50-60% akan sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun manakala 20% akan mendapat asma berterusan.

Pencetus biasa serangan asma ialah :
  • alahan hidung spt habuk, debunga, spora kulapuk, epitalial binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
Suplemen untuk asma

Antara ubatan yang biasa dicadangkan untuk merawat asma adalah steroid. tapi kita tahu steroid memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Untuk makluman, kandungan omega-3 mampu bertindak seperti steroid tapi ianya tidak akan memberi kean jangka panjang. kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan inflamasi spt asma mempunyai kandungan omega-3 yang rendah.

Kajian klinikal University of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak2 asma yang diberi makan minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA selama 10 tahun didapati mampu mengurangkan simptom asma berbanding kanak2 yang mengambil placebo.

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi suplemen omega 3 mendapati selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega 3.

PENYELIDIK MENCADANGKAN SOKONGAN NUTRISI YANG MENGANDUNGI ASID LEMAK OMEGA-3 ADALAH SELAMAT DAN PRAKTIKAL UNTUK MERAWAT MASALAH BERKAITAN PEPARU DAN PERNAFASAN


Bagaimana Shaklee Omega Guard membantu mengatasi asma/ lelah?

"Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing, and because Eskimos who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized thst fidh oil might benefit asthma sufferers" - LiveStrong

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Ia terdiri daripada 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain. 

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dibawah suhu rendah yang terjaga. proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat didalam kebanyakkan jenis ikan.

Omega Guard juga 50% lebih pekat dari mana2 produk dipasaran. 

Amalkan pengambilan Omega-3 secara konsisten. InsyaAllah ia boleh membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Ia memberi rasa panas dan kelegaan dari dalam.




Disamping Omega Guard, Meal Shakes juga perlu kerana ia mengandungi multivitamin, mineral serat dan protein. Kanak-kanak yang sering jatuh sakit selalunya mempunyai antibodi yang lemah. Sel yang tidak sihat juga menyebabkan zat dari makanan yang dimakan tidak dapat diserap dengan optimum. Jadi meal shakes membnatu menghasilkan sel yang lebih sihat supaya dapat membantu menyerap nutrien, menyumbang kepada keperluan vitamin dan menampung kekurangan nutrien dari makanan harian.

Bagi yang mampu, Nutriferon (Interferon semulajadi shaklee) boleh diambil. Seperti yang kita tahu, asma dicetuskan oleh serangan alergen, makala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan dengan serangan tersebut. Bagaimana ia membantu? Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetus asma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh mybbkn tindak balas alergik kepada sel normal yg tidak berbahaya spt pencemar dan debungan. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kpd tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap pesakit alergi spt asma dan ekzema.



Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan utk terapi pesakit asma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma causing chemical lalu memberhentikan simptom asma.



Jadi dapatkan sekarang! Berikan yang terbaik untuk anda dan anak anda! Anak kita bergantung kepada kita untuk membuat pilihan yang betul. Anda Sihat Keluarga Bahagia.... 

21 Apr 2014

Supplement Untuk Ibu Hamil



Alhamdulillah..bulan ini boleh dikatakan antara set yang semakin mendapat sambutan iaitu Set Kehamilan Shaklee khas untuk ibu-ibu hamil..Itu maknanya ramai yang akan menimang cahaya mata tahun ni..Bestnyee..mari kita lihat apa yang terkandung dalam set ini...

Set Kehamilan Shaklee merupakan salah satu pilihan yang ada dipasaran yang memberikan nutrisi,vitamin dan mineral lengkap untuk ibi-ibu hamil. Agar tempoh kehamilan menjadi kenangan manis utk dikenang.Lagipun setiap ibu pasti mahu memberikan yang terbaik untuk anak yang dikandungnya.
Jadi pilihlah makanan tambahan yang berkualiti dan memberikan banyak manfaat kepada ibu dan bayi.



  1. Vitalea with Iron Formula
  2. B Complex
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix
  5. ESP ( sebaiknya diamalkan lebih2 lagi jika anda masih bf baby)

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Nanti, masuk trimester kedua, bolehlah mulakan pengambilan Omega Guard.

Omega Guard - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

17 Mar 2014

Sakit Sendi, Tulang & Otot..???





Sakit sendi/ tulang memang boleh terjadi, tidak kira peringkat umur, samada tua mahupun muda. Bila sakit sendi, ia pastinya mengganggu pergerakan kita. Betul tak? 

Secara umunya, sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Bagi mereka yang selalu melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat bebanan pasti akan menyebabkan rasa sakit di bahu dan pinggang. Tak ketinggalan mereka yang aktif bersukan sehingga ada yang terseliuh, ligamen terkoyak / terputus akan membuatkan sendi berasa sakit. Malah kadang-kadang kita sendiri akan berasa tidak selesa atau sakit apabila ingin bangun dari duduk, ketika bersolat dan juga sekiranya kita memandu kereta / menunggang motosikal terlalu lama.


Sebab-Sebab Sakit Sendi


Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.




Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

Selain itu, berat badan yang berlebihan juga akan menyebabkan sendi kita berasa tidak selesa dan sakit.


Kurangkan Sakit Sendi Dengan Shaklee

Cara nak atasi masalah ini, boleh cuba SET KESIHATAN SENDI dari shaklee ini yg terbukti selamat dan InsyaaAllah berkesan.





ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
·         menyokong keselesaan sendi
·         memelihara tisu penyambung yang sihat
·         meningkatkan kesan kusyen


OMEGA GUARD
·         bertindak sbg pelincir
·         mengurangkan inflamasi akibat sakit sendi


OSTEMATRIX
·         mengandungi kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen)
·    mengandungi magnesium (membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang &  menguatkannya)
·        mengandungi Vitamin D (merangsang penyerapan kalsium)

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.