18 Sep 2014

Promosi Shaklee Bulan September 2014

Promosi Shaklee pada bulan ini sangat menarik. 2 promosi serentak sempena meraikan lonjakan permintaan produk Shaklee sejak akhir-akhir ini. Promosi berkembar Shaklee ialah untuk produk Shaklee Collagen Powder (beli 6 percuma 1) dan Meal Shakes (beli 3 percuma 1). Menarik kan?


Hari ini saya akan nyatakan serba ringkas tentang 2 produk ini iaitu

  • Apa itu Collagen Powder dan Meal Shakes?
  • Apa keistimewaan Collagen Powder dan Meal Shakes?
  • Siapa yang sesuai menggunakan Collagen Powder dan Meal Shakes?
Apa itu Collagen Powder 


Apa Keistimewaan Collagen Powder Shaklee?

  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen
  • Ia adalah kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 
  • Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 
  • Ia terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal) 

Siapa yang sesuai menggunakan Collagen Powder?

Siapa sesuai amik collagen shaklee? Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, 
  • Kesan bengkak bawah mata, 
  • Penglihatan kabur. 
  • Gusi yang tidak sihat 
  • Rambut kering dan bercabang di hujung 
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering 
  • Garis halus pada leher 
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. 
  • Kelihatan tua daripada umur sebenar. 
  • Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan. 
  • Payudara dan punggung kelenturan 
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan

Apa itu Meal Shakes?


Apa Keistimewaan Meal Shakes?
  • Nutrien yang lengkap. Ia mengandungi 24 jenis vitamin penting dari A-Z & mineral-mineral.
  • Membekalkan nutrien penting kepada sel-sel tubuh. Ia kaya dengan protein (tanpa laktosa) yang penting untuk membentuk kulit, kuku, rambut, darah dan imunisasi.
  • Membantu proses pembesaran. Ia mengandungi folic acid, biotin, kalsium & magnesium yang penting untuk pembinaan tulang dan sel-sel pertumbuhan. 
  • Anti-oksida. Ia mengandungi vitamin A, C, E, Zink & Selenium yang merupakan komponen anti-oksida yang penting untuk anti-penuaan. 
  • Memelihara kesihatan kulit. Ia mengandungi vitamin B Complex, iron dan copper yang lengkap untuk membentuk sel darah merah yang sihat. 
  • Proses detox. Ia kaya dengan fiber mudah larut yang membantu menyingkirkan 'bahan buangan' & lemak yang berlebihan.
  • Rasa yang disukai ramai. Ia adalah minuman yang lazat dengan fruktosa asli yang sesuai untuk semua peringkat umur (tidak mengandungi pewarna atau gula tiruan) 
  • Meal Shakes minuman seisi keluarga 
Siapa yang sesuai menggunakan Meal Shakes?
  • Bayi bermula 1 tahun ke atas – sebagai multivitamin utk membantu pembesaran yang sihat dan kuat.
  • Kanak-kanak yang selalu sembelit
  • Warga tua dan seisi keluarga
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Kanak-Kanak yang kurang selera makan
Ini peluang terbaik anda untuk dapatkan produk promosi Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.

29 Aug 2014

Set Kesuburan Shaklee

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  •  Tiub fallopian tersumbat
  •  Endometriosis
  •  Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang    mengganggu penghasilan telur)
  •  Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  •  Masalah hormon
  •  Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  •  Menopous sebelum waktunya
  •  Masalah tiroid
  •  Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  •  Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  •  Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  •  Menghidap hernia
  •  Gangguan hormon
  •  Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.



Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:


Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA -  membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

SET KESUBURAN CADANGAN UNTUK PERMULAAN: 

Untuk Suami : vitalea+b complex+vita C bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : vitalea+b complex+vita C bersama +Alfalfa dan GLA 

Supplemen ini hanyalah sebagai persediaan fizikal dalam usaha mendapatkan zuriat. Kesihatan suami isteri turut berperanan penting dalam proses mendapatkan zuriat. Rezeki sesungguhnya hanya dari Allah. Sentiasa terus berusaha dan berdoa semoga Allah mengurniakan anak kepada kita.

27 Aug 2014

Kawal Stress : B-Complex

Pagi stress.. petang stress.. sepanjang hari stress.. jangan biarkan diri kita sentiasa dalam keadaan tertekan.
 
Kita semua mempunyai tekanan (stress) dalam kehidupan kita. Tetapi menurut Dr. Hyla Cass, Profesor Madya Psikiatri Klinikal di UCLA, stress bukan sahaja tidak menyenangkan malah, ia berbahaya. Kajian terkini menunjukkan stress memainkan peranan utama dalam tercetusnya banyak penyakit yang serius. Stress boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan tekanan darah tinggi, serta melemahkan sistem imun.


Kehidupan seharian memustahilkan kita untuk tidak langsung menghadapi stress. Ada yang stress di tempat keja, di jalan raya dan sebagainya. Jadi bagaimana kita boleh mengatasi stress?

Vitamin B boleh memberi manfaat dalam mengawal stress. Vitamin B tertentu boleh memberikan anda lebih tenaga, dan juga boleh menyokong kesihatan sistem imun dan saraf.

Vitamin B tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, mereka diperlukan setiap hari untuk tubuh mengekalkan tahap kesihatan. Suplemen vitamin B-Complex boleh membantu anda mendapat dan mengekalkan tahap sihat yang anda perlukan.

Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stress?
 

1.Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

2.Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

3.Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

4.Vitamin B5~ Asid Pantothenic memainkan peranan yang penting dalam melegakan tekanan/ stress. Sering dirujuk sebagai "vitamin anti-tekanan,".
Penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, menurut University of Maryland Medical Center. Vitamin B kompleks boleh membantu memulihkan kelenjar adrenal daripada stress.

5.Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress

6.Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

7.Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

8.Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya.

#Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
 
Anda berminat untuk mendapatkannya? 

26 Aug 2014

Anda TERLALU KURUS?? : Kami Akan Bantu Dengan Set Tambah Berat Badan Shaklee



Anda Mengalami Masalah Kurang Berat Badan? Terlalu Kurus? Sering Pitam? Nak Naikkan Berat Badan Tapi Dengan Cara Sihat Dan Bukan Berat Yang Boyot?? 

Anda patut cuba set tambah berat badan shaklee ni.. memang SUPER POWERR..

MEAL SHAKES
°° Rasa dia memang awesome! Macam rasa vanila shakes. Meal Shakes kaya dengan PROTEIN dimana pengambilan protein amat penting dalam proses menambah berat badan kerana ianya merupakan asas kepada pemakanan tubuh badan kita.

°° Jadi, untuk menambah berat badan, tips simplenya adalah makan makanan yang kaya dengan protein. Apabila sel kita sihat hasil daripada pengambilan protein yang berkualiti seperti meal shakes, maka badan kita lebih mudah untuk menyerap segala kebaikan zat dan vitamin. 

°° Meal Shakes juga membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang penting. Ia mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. 

VITA-LEA
°° Vita-Lea pula merupakan multivitamin dengan formulasi zat besi yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA di dalam setiap tablet. 

°° Wow!! Ianya merupakan elemen penting bagi sel tubuh yang menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. 

°° Vita-Lea merupakan supplement penting kerana ia memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu, mengelakkan pitam dan pening. 

B COMPLEX
°° Pengambilan vitamin B Complex juga penting bagi mereka yang ingin menambahkan berat badan. Si kurus biasanya akan berasa cepat letih dan lesu. B Complex menukarkan makanan kepada tenaga, dimana ia mambantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan. 

°°Istimewanya B Complex Shaklee ni ialah ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia juga mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Anda nak tambah berat badan??

Dapatkan SEKARANG dengan HARGA KASIH SAYANG yg HEBAT dari KAMI!!

>FREE! - Khidmat nasihat & konsultasi
>FREE! - Jadual pengambilan vitamin

20 Aug 2014

Apakah Hukumnya Menyusukan Anak Lebih Daripada 2 Tahun??




24 Ogos 2014 ini, umur Insyira@adik dh nk masuk 3 thn… tp adik masih menyusu badan lg.. Ibu mmg ada perancangan nk stopkan pemberian susu bdn kpd adik masa umur adik masuk 2 tahun hari tuh.. tp bila tgk muka adik sambil tgh menyusu x smpi hati pulak ibu… sbb dgn menyusula ini hubungan kami b2 sgt akrab dan rapat.. adik sntiasa akan mcari ibunya.. itu yg bt ibu suka menyusukan adik.. kami sntiasa bkepit bdua.. susu tu mcm pengubat utk adik… klu adik sedih atau nk bermanja ngn ibu.. susu itu la yg akan dicarinya…kalu adik nk tido atau rasa x tenteram… susu itu jgk la pengubatnya…. kalu adik tengah main dan tetiba rasa dahaga.. susu tu jgk lah yg di carinnya.. main selak2 je baju ibunya ini.. tidak kira masa dan tempat asalkan adik dapat... hihihi.. disebabkan itu semua ibunya mmg x smpi hati nk stopkan adik drp menyusu susu ibunya..


Tapi xpe mungkin info ini boleh jd rujukan kpd sy dan sesiapa yg masih menyusukan anak yg dh berumur lebih daripada 2 tahun.. sharing is caring... 


Info 1
Hukum menyusu anak lebih daripada dua tahun adalah harus. Tiada sebarang dalil yang menunjukkan bahawa anak yang berumur dua tahun dan ke atas tidak diharuskan untuk disusui oleh ibunya. 

Info 2
Tak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan si suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan:“Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.

Info 3
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya. Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini. Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. 

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Info 4
Dan ini pencerahan daripada Ustaz Azhar Idrus tentang persoalan ini.. 


So moral of story... jgn la ibu2 yg masih menyusukan anak mereka yg lebih 2thn rasa risau… bg sy as ibu yg mnyusukan adik, ibu still kurangkan waktu penyusuan adik.. sbg cth kalu keluar bjln2 ibu dan ayah akan pastikan kami bawak bekalan susu botol@air utk adik minum... sekurang2nya adik xla kerap minta susu ibunya sgt… klu adik nk susu pun ibu bagi masa dlm kereta shja… dan adik sndiri tahu dan rasa malu kalu nak susu di dpn org ramai@lain.. adik akan rasa tidak selesa bila menyusu open mcm tuh.. dah besar katanya.. malu.. tahu plak adik nie.. hehehe.. bijakkkkk bijakkkkk.. 

Rasanya tiada masalah untukku teruskan penyusuan ibu buat adik... Kami percaya suatu hari nnti adik sendiri akan berhenti menyusu.. bila kedua2 kami sudah bersedia.. Biarlah ia terjadi secara semula jadi tanpa dipaksa.. Susu itu adalah segala2nya bagi adik… Ibu nak ucap terima kasih ibu kpd ayah yg bnyk memberi semangat, sokongan, dorongan dan sgt memahami ibu yg menyusukn adik… syukur Alhamdulillah… Semoga anak kami ini sihat, ceria dan bahagia selalu hendaknya... Adik, kaulah segala2nya bagi kami sekeluarga.. kami sayang adik lebih drp 200%...  umwahsss umwahssss.... 

16 Aug 2014

Kunjungan Tetamu Berhari Raya Di Teratak Kami

Saya percaya masih ramai diantara kita yang masih ziarah-menziarahi sanak- saudara dan rakan untuk beraya dan memohon maaf diantara satu sama lain walaupun hari ini sudah 20 Syawal. Amalan ziarah menziarahi ini ialah suatu amalan yang terpuji dan memberi manfaat besar dalam konteks persaudaraan dan perpaduan ummah.


Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat, renggang menjadi rapat, bersengketa menjadi damai dan susah menjadi mudah. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah ikatan kasih sayang yang mengeratkan sesama insan.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar suasana ziarah menziarah keluarga sebelah suami yang datang beraya di teratak kami baru-baru ini. 

senyum senyum... 1 2 3... 
Sangat meriah, gembira dan ceria bila dapat berkumpul bersama... pakcik2, makcik2, sepupu2... pasti usik mengusik, gelak tawa, senda dan gurau memeriahkan suasana. Al maklumlah jarang bjumpa.. msg2 dgn urusan family dan kerjaya.. susah nk bsua muka.. dan kalu dh beramai2 nie dlm bab berposing jgn cakapla msg2 suka bergambar... sporting msg2 mberi snyuman dan aksi.. gmbar beramai2 dan bselfie... free styleeee.... peace!!  hihihi...

Juadahnya bertutup lg menunggu ketibaan tetamu

Hidangan yang disajikan pd hari itu adalah daripada air tangan kami b2.. sy bsama mak mertua.. menu masakan kampung.. masing-masing bila makan 2-3 kali menambah... nyummm nyumm nyummm.. sgt mabeles.. sedap.. terbaikkkk... sbb mak yg msk kannn... pastila sedap bangat... terima kasih mak.. hihihi... kami sediakan menu makan tengahari utk hari itu... ayam masak kari, tempoyak ikan bilis campur petai, pucuk paku masak lemak ikan masin, gulai asam rong (makanan tradisional bagi orang pahang), ikan goreng dan salad telor dan tidak di lupakan juga nasi impit dan kuah kacang... buah2an tempatan pun ada.. buah langsat, duku dan manggis (drp kebun abah).. kek pun ada juga.. pencuci mulut pun ado... sy bt sagu gula kabung.. byk x byk x menu??  syukur  alhamdulillah rezeki utk tetamu kami yg dtg.. 


Taraaaaa.... inilah juadah yg sedap itu... 



Air Bandung Soda ayah yg memikat hati tetamu... 

juga yg special semasa mkn tengahari hari tu Air Bandung Soda... tetamu yg hadir mmg dh tahu air itu yg akan kami sediakan sbb suami mmg pro bt air bandung soda tuh... selalu dpt pmintaan sekiranya ada apa2 majlis dlm keluarga kami.. kembang lattew bila tahu ada org puji dia.. hihihi..   






sebelum menjamu selera, kami mengaminkan doa yang dipimpin oleh bapa mertuaku.. Doa Kesyukuran (dpt bkumpul bsama)... amin amin aminnnn... Ya Rabbal Alamin.. 






time makan paling best tgk... masing-masing khusyuk menikmati makanan yg ada.. Pelbagai aksi ada..  duduk di atas kerusi, duduk bersila di bawah, suap menyuap.. lentok melentok... alololo manjer2 gituh...  sandar menyandar pun ada bila sudah kekenyangan.. ergghhhh!! alhamdulillah.. nikmat rezeki drpNya.. 


dan akhir sekali kami sempat bposing beramai2... Di harapkan agar ukhwah fillah kita akan bkekalan hingga ke akhirnya. InshaaAllah next year kita bkumpul lagi.. jemput2la dtg rumah kami tidak kira bila... xsemestinya sambutan hari raya sahaja. Terima kasih kepada semua yg sudi dtg ke teratak kami ini.. Maaf di atas segala kekurangan drp kami sekeluarga.. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
   Maaf Zahir & Batin   

Vitamin Keluarga - Vitamin Shaklee Untuk Semua

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani..

Dengan lafaz yang mulia saya mulakan entri blog saya hari ini demi berkongsi banyak lagi kebaikan dan keistimewaan produk Shaklee khasnya. Bermula dari pengguna biasa pada 2010 sewaktu mengandungkan anak ketiga saya, dan menyambung penggunaannya sampai sekarang. Mengambil langkah untuk menjadi seorang SID (Shaklee Independent Distributor) pada awal tahun 2013. Alhamdulillah.. dari niat nak makan saja-saja untuk kesihatan diri dan keluarga, saya juga dah mulakan langkah menambah punca pendapatan kedua dengan berShaklee.

Siapa sangka niat asal hanya untuk mendapatkan vitamin untuk keluarga secara lebih mudah dengan adanya ID sendiri.. boleh beli dengan harga ahli yang menjimatkan sehingga 20% dari harga pasaran. Kini satu demi satu langkah diambil, ternyata ia tidak sia-sia. Perolehi peluang untuk membina kesihatan keluarga dengan lebih baik malahan juga dapat menjana pendapatan kedua saya dan suami.

Kenapa vitamin dan suplemen Shaklee pilihan saya dan keluarga?

Memang diakui banyak vitamin dan suplemen kesihatan dari pelbagai jenama yang ada di pasaran Malaysia. Pilih saja mana satu kena dengan bajet anda, pilihan hati anda. Tapi kenapa Shaklee yang saya pilih? Kerana kesan positif yang saya terima bila menggunakannya jauh lebih baik dari vitamin lain yang pernah saya beli dari kebanyakan farmasi. Tambahan pula untuk kebanyakan vitamin asas Shaklee seperti Vitalea (multivitamin/multimineral), B complex, Ostematrix (Kalsium, Magnesium, Vita D), Vita C dan banyak lagi harganya adalah sangat berbaloi dengan kuantiti dan kualitinya. Tidak terlalu mahal dan mampu milik la bagi saya. Ini kerana setiap botol suplemen ni kebanyakannya boleh guna untuk lebih sebulan. Hanya vitamin tertentu sahaja yang perlu dibeli setiap bulan jika memang tegar makan hari2.

Setiap pembelian produk pula saya dapat kumpul point yang dikira setiap bulan untuk tukaran sebagai Cash Bonus* (T&C applied). Kiranya sambil-sambil beli untuk makan sendiri pun boleh ada peluang dapat bonus tunai ni walau sekadar puluh/ratus ringgit awalnya. Bila dah betul-betul start bagi komitmen untuk bisnes pula memang tak sangka.. boleh dapat income beribu pula setiap bulan. Yang penting kena berada dalam kumpulan yang betul, yang mampu guide anda untuk berbisnes dengan betul juga la. Pendek kata kalau nak buat bisnes ke tidak terpulang.. tak semestinya jadi ahli wajib bisnes! Oh tidak! Ramai aje yang jadi ahli sebab nak benefit harga ahli tu aje.. Dengan bayaran RM65 untuk pendaftaran keahlian untuk seumur hidup, memang semua orang tak rasa rugi pun.

Vitamin bagi keluarga kami 
(ayah,ibu,abang,kakak dan adik)

Kenapa saya katakan Shaklee ialah vitamin keluarga? Gambar di atas adalah vitamin bagi keluarga kami. Ada set untuk ibu menyusu, resdung, kecantikan kulit, kanak-kanak dan kurus. Alhamdulillah dengan mengambil produk Shaklee ini keluarga kami sentiasa sihat ceria dan bahagia. Syukur kepadaNya. Produk Shaklee boleh di ambil seawal usia anak setahun ke atas hinggalah mencecah usia emas, ada pelbagai pilihan vitamin/suplemen Shaklee yang bersesuaian. Pendek kata, satu keluarga berpeluang menikmati kesihatan dengan produk Shaklee. Selain itu terdapat juga produk penjagaan kulit wajah, produk untuk kebersihan rumah, produk untuk penjagaan rambut. Hanya tinggal nak pilih sahaja apa yang sesuai dengan keperluan kita. Paling penting untuk diingatkan, suplemen Shaklee hanyalah sebahagian dari ikhtiar untuk menjaga kesihatan kita. Maka penting juga pastikan pemakanan dan cara hidup kita juga dijaga dan diamalkan dengan baik dan berterusan untuk mencegah datangnya penyakit kronik yang tak terduga. Selebihnya, perlu berdoa juga semoga usaha kita yang sedikit ini diredhai dan diberkati Allah. Sebab yang memberi sihat dan sakit itu Allah jua. Bila amalkan produk Shaklee tidaklah bermaksud anda terlindung 100% dari sebarang penyakit, tapi jika terkena sakit pun mungkin ia boleh memudahkan anda cepat sihat kembali. Yang pastinya, Shaklee bukanlah ubat penyembuh segala penyakit, tapi lebih kepada pelan awal untuk penjagaan kesihatan. Prevention is better than cure right? Cukup vitamin dan mineral keperluan badan insyaAllah kuranglah penyakit berkunjung setiap masa.

Produk Shaklee hanya boleh menjadi asbab kesembuhan, dengan izin Allah jua. Jom sama-sama amalkan cara hidup sihat!

13 Aug 2014

Tips-Sarapan-Pagi-Bersama-ESP-Shaklee-Untuk-Kekal-Bertenaga

Untuk entry kali ini, saya nk kongsikan dgn semua tips sarapan pagi bersama produk terlaris Shaklee iaitu ESP (ENERGIZING SOY POWDER).

Sarapan pagi adalah perkara penting yang perlu di ambil oleh semua orang. Dengan bersarapan, badan anda kekal bertenaga dan sihat. Walaupun anda tahu perkara ini, masih ramai yang mengambil mudah dengan skip dari makan di waktu pagi.

Kesannya anda akan berasa letih dan cepat mengantuk walaupun jam baru pukul 10 pagi. Sudah tentu, anda tidak dapat mengekalkan mutu kerja dan mood juga tidak berada dalam keadaan baik.


ESP ini memang peberet saya. Masa awal kenal Shaklee iaitu semasa mengandungkan anak ketiga saya Insyira, saya sudah start minum ESP ini. Sememangnya yg terbaik. Saya selalu minum di awal waktu pagi sebelum pergi ke pejabat sebab biasa saya tidak sempat untuk sarapan pagi di pejabat. Cukup dengan 1 sudu ESP + susu strawberi MariGold/Dutch Lady dan bancuh sedikit dgn air kosong sejuk. goncang goncang goncang minum.. sedap... mabeles... urrmmmpp~~~ hehehe...


~Kesan Tidak Mengambil Sarapan Pagi~

Moody
Perut yang lapar akan membuatkan mood anda berada dalam keadaan tidak menentu.Anda berasa serba tidak kena dan mudah untuk marah-marah.Jadi bagi yang bekerja dengan tekanan tinggi amat disarankan mengambil sarapan supaya anda berasa tenang sekali

Kegemukan 
Ramai orang yang hendak kurus tetapi mengamalkan diet yang salah. Anda berpendapat, dengan tidak makan,anda dapat mengurangkan berat badan dengan pantas. Kaedah ini adalah salaha kerana, jika anda skip sarapan, anda akan berasa lapar dan kesannya kita akan makan dengan banyak pada waktu tengahari. Ini adalah diet yang tidak seimbang untuk mereka yang hendak kuruskan badan. 

Daya Tumpuan Berkurangan 
Pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian di waktu persekolahan atau peringkat universiti pasti akan mencatatkan keputusan yang kurang memberangsangkan. Ini kerana mereka akan mengantuk di dalam kelas dan otak tidak dapat menangkap apa yang di sampaikan oleh tenaga pengajar. Jadi Ibu bapa boleh membekalkan Meal Shakes kepada anak yang berada di sekolah atau ESP Shaklee bagi yang belajar di Universiti. 

Ramai yang berkata bahawa walaupun bangun sebelum subuh,mereka masih tidak sempat untuk menyediaakan sarapan. Ini kerana mereka perlu bersiap awal untuk ke tempat kerja. Jika lambat, alamatnya tersangkut di jalanraya di sebabkan kesesakan lalulintas. 

Ada juga maklum balas dari kawan saya yang merupakan seorang cikgu yang kadangkala terpaksa skip bersarapan. Ini kerana beliau pergi sekolah di awal pagi dan hanya mengambil sarapan pada pukul 10 pagi. 


~Ambil Langkah Yg Sewajarnya~ 

Dari situ, saya mencadangkan satu bentuk sarapan yang mudah di ambil oleh mereka. Walaupun simple, ia tetap memberikan nutrisi yang secukupnya untuk keperluan tubuh badan anda. Sarapan yang saya maksudkan adalah ESP Shaklee yang sememangnya cukup mudah untuk disediakan. 

Anda hanya perlu memasukkan 1 sudu ESP Shaklee ke dalam shaker dan menggoncangnya. Dan yang seronoknya ia boleh di tambah dengan minuman kesukaan anda yang lain bagi memberikan sedikit kelainan ketika menikmatinya. 

Bagi rakan-rakan yang tidak sempat untuk menyediaakan sarapan di waktu pagi, apakata anda mencuba ESP Shaklee untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Jadi sangat berbaloi mengamalkan ESP ini. Itulah sebabnya ESP sentiasa out of stock dan sangat laris. 1 canister ESP boleh tahan lebih kurang dalam 2 bulan. 


Jom kita tengok siapa yang perlukan ESP dalam kehidupan seharian. 

1. Ibu menyusu

2. Ibu hamil

3. Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan

4. Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan

5. Mereka yang mengalami masalah kesuburan

6. Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 di badan)

7. Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan 

8. Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus

9. Wanita yang inginkan payudara anjal

10. Sesuai untuk kanak2 sehinggalah warga emas 



Untuk mendapatkan ESP dengan harga istimewa...

Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Suamiku




"Happy birthday to u...happy birthday to u..happy birthday to abang...
happy birthday to u.."

14 Ogos 2014 genap lah usia suamiku 37 tahun dengan ini sayang ingin mengucapkan 
"Selamat Hari Lahir yg ke-37 buat abang tersayang"..

Ermm.. sebenarnya saya tak tau nak hadiahkan apa kat dia.. rasanya takde present yg istimewa daripadaku mcm tahun-tahun sudah.. almaklumah isterinya sekarang tengah bercuti tanpa gaji... duit xbanyak.. hihihi.. tp apa yg paling bermakna skrg kami telah tinggal bersama satu keluarga.. tidak macam tahun lepas.. kami tinggal berasingan.. saya dengan anak-anak tinggal di Kuantan dan suamiku di Selangor.. sungguh sedih bila berseorangan menjaga dan mendidik anak-anak yang masih bersekolah dan kecil.. banyak dugaan dan ujiannya..  tp alhamdulillah kini kami tlh tinggal sebumbung di Selangor.. negeri asalku.. tanah tumpahnya darahku.. semoga ini dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kami sekeluarga. Penghijrahan kami ke sini adalah hadiah yang terlalu berharga nilainya.. Syukur Alhamdulillah.. 


Doaku tujukan khas buatmu tika bersujud agar kehidupan kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Tuhan. Semoga hidupmu di berkati Allah, di panjangkan umur, dimurahkan rezeki yang diberkati dan diberikan kesihatan yang baik untuk sama-sama melakukan ibadah dan menikmati dunia ini dan diberikan kebahagiaan hidup dan menjadi suami/ayah yg bertanggungjawab dan juga diharapkan semoga rumahtangga kita sentiasa dlm keadaan aman bahagia hendaknya... amiinn... 



Selamat Hari Lahir abang/ayah.. ibu, abg mukhriz, kakak irdina & adik insyira 
luv u till the end..mmuahhh!!!


8 Aug 2014

Promosi GLA Complex Shaklee Ogos 2014



Assalamualaikum ... 

Ada yang tak tahu lagi? Dah masuk 2 minggu heboh, havoc pasal promosi setahun sekali ni. Bulan Ogos 2014 ini adalah bulan promo untuk GLA Complex!! 

Yang tak pernah dengar GLA ni pasti teruja yang Shaklee juga ada evening primrose oil. GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin textureskin repair dan buat skin glowing.

Mari kita baca kebaikan GLA Complex Shaklee :
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri. 
  • Membantu menangani ekzema. 
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis. 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri. 
  • Menguatkn immuniti badan. 
  • Mempelahankn process penuaan. 
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung. 
  • Mengawal kencing manis 
  • Mengawal kolesterol. 
  • Bagus untuk saraf. 

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanitaIa sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

Memang bestkan GLA Shaklee ni? Banyak kebaikannya. Jadi bagaimana? Anda mahu GLA atau tunggu dulu... Sampai bila mahu tunggu untuk memiliki GLA? Rugi... rugi...

7 Aug 2014

Set Kesuburan Untuk Lelaki & Wanita


Assalammualaikum & selamat pagi.. 

Semoga semua reader blog ni ceria & bahagia selalu. Saya nak sharekan entry tentang 
set kesuburan, bagi mereka yang sedang cuba untuk hamil dan ingin hamil lagi.

Biasanya waktu subur dikira pada hari ke 13,14 dan 15 hb bermula hari pertama datang bulan bagi isteri. Antara penyebab isteri belum disahkan hamil adalah kerana kitaran haid isteri yang tidak teratur dan sperma suami yang lemah. Walaubagaimana pun, kita hanya mampu merancang. Ada pelbagai cara untuk kita usahakan untuk hamil, yang penting jangan pernah putus asa berusaha dan selalulah memohon kepada Allah, berdoa dan bersedekah.

Penyelesaian terbaik, suami isteri mestilah saling memahami dan ikhtiar untuk memperolehi cahaya mata. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.

Dalam shaklee kami syorkan supplements di bawah ini khas untuk anda yang mahu hamil.


Untuk isteri:

Alfalfa 
membantu memberikan keselesaan ketika bersama

GLA Complex 
*GLA membantu mereka yang mengalami kitaran haid tidak teratur atau tidak tetap serta masalah senggugut ketika pra haid yang selalu dialami oleh para isteri.
*membantu meningkatkan kesuburan isteri sekaligus meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku.
*membantu untuk sperma hidup lebih lama dalam tiup fallopio lalu meningkatkan peluang untuk persenyawaan berlaku.


Untuk suami:

Zinc
Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi daripada organ lain. Mesti diambil kerana zink merupakan mineral penting untuk kesuburan lelaki.meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki.

Vitamin E
*lebih bertenaga dan meningkatkan keinginan seksual.
*membantu membentuk sel sperma yang sihat.
*juga bagus diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual 


Bagaimana dia membantu dalam kesuburan?
GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. 
Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.. 

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.