Showing posts with label Vitamin C Sustained Release500 mg. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C Sustained Release500 mg. Show all posts

29 Aug 2014

Set Kesuburan Shaklee

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  •  Tiub fallopian tersumbat
  •  Endometriosis
  •  Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang    mengganggu penghasilan telur)
  •  Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  •  Masalah hormon
  •  Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  •  Menopous sebelum waktunya
  •  Masalah tiroid
  •  Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  •  Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  •  Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  •  Menghidap hernia
  •  Gangguan hormon
  •  Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.



Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:


Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA -  membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

SET KESUBURAN CADANGAN UNTUK PERMULAAN: 

Untuk Suami : vitalea+b complex+vita C bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : vitalea+b complex+vita C bersama +Alfalfa dan GLA 

Supplemen ini hanyalah sebagai persediaan fizikal dalam usaha mendapatkan zuriat. Kesihatan suami isteri turut berperanan penting dalam proses mendapatkan zuriat. Rezeki sesungguhnya hanya dari Allah. Sentiasa terus berusaha dan berdoa semoga Allah mengurniakan anak kepada kita.

19 May 2014

Jangka Hayat Penggunaan Setiap Vitamin Shaklee


Mungkin ramai yang mengandaikan vitamin shaklee adalah 
produk yang mahal dan tak mampu untuk dimiliki. Tangkapan anda mungkin silap 
bila merujuk pada gambar di atas. Ada sesetengah vitamin yang dapat bertahan selama 
hampir 4 bulan. Rasanya dengan memiliki vitamin shaklee adalah sesuatu yang menjimatkan. 

Bayangkan dengan keadaan cuaca yang tak menentu yang boleh mendatangkan pelbagai  penyakit. Paling tidak sebulan sekali pasti klinik akan kita kunjungi. Cuba kira berapa kos untuk rawatan dan ubat untuk seorang. Ini tak termasuk seisi keluarga. 

Dengan pengambilan vitamin tambahan dalam menu harian kita seisi keluarga, sihat dan penjimatan adalah nikmat berganda yang kita dapat. Pepatah mengatakan mencegah lebih baik dari mengubati. Inisiatif ini perlu kita ambil keutamaan demi melahirkan 
seisi keluarga yang sihat dalaman dan luaran.

5 May 2014

Bila Resdung Menyerang

Tanda-tanda penyakit resdung adalah : 

1. Mempunyi nafas berbau 
2. Selalu bersin
3. Muka selalu berjerawat
4. Kulit gatal-gatal
5. Bengkak pada bahagian hidung, mulut dan telinga
6. Bernanah di telinga
7. Kecacatan pada hidung serta bahagian rongganya

Adakah supplemen Shaklee boleh membantu pesakit resdung? YA

Vitami
n yang sesuai ialah Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa.


Mengapa?

Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi dan imuniti seseorang. Vitamin C memulihkan dan memastikan 300 proses metabolik yang berlaku dalam badan berfungsi dengan baik. 

B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon. Apabila resdung menyerang, ianya akan menyebabkan kesakitan yang amat di belakang muka, kepala. B complex yang besifat sebagai penenang semula jadi, akan mengurang kesakitan kepala ini secara beransur-ansur.

Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

* TIPS! Jika resdung menyerang, ambil 2 biji alfalfa, hancurkan dan bancuh di dalam air panas untuk dibuat teh. Minum dan anda akan mendapati kesakitan akan berkurang, muka tidak lagi bengkak dan gatal 
dengan amalan meminum teh alfalfa dan memakan supplemen alfalfa, penyakit resdung anda akan pulih.

Hubungi saya untuk mendapatkan harga yg istimewa dan penerangan lebih lanjut mengikut bajet anda. Sihat, menawan dan bertenaga bersama Shaklee.

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.