Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

21 May 2014

Supplement Sakit Sendi Dengan Shaklee

Sakit sendi memang boleh terjadi, tidak kira pada mana-mana peringkat umur. Bila sakit sendi, ia serba sedikit mengganggu pergerakkan kita. Betul? 

Secara umunya, sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  1. Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  2. Berat badan berlebihan
  3. Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  4. Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  5. Penyakit sendi seperti arthritis
  6. Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  7. Penyakit tulang
  8. Ketumbuhan
  9. Jangkitan kuman
  10. Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  11. Penyakit kronik
  12. Ubat-ubatan
Kurangkan Sakit Sendi Dengan Shaklee

Untuk produk-produk Shaklee, set untuk kurangkan sakit sendi terdiri daripada:


FUNGSI-FUNGSINYA:

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
 AJHT mengandungi glukosamina, vitamin C, Zinc, Copper, Manganese dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

OSTEMATRIX 
membina sel tulang yang sihat dan memastikan matrix tulang kukuh dan padat

OMEGA GUARD
berfungsi sebagai anti inflamasi dalam sendi



Testimoni Pengguna Set Sendi Shaklee


Tahniah! Cik Linda Din kerana bjaya mdpt kesihatan yg tbaik stlh mjd pngguna set sendi Shaklee ini... smoga impian mjd kenyataan utk bjaya mdaki Gunung Kinabalu yg akn dtg... all d best sis!!

InshaaAllah, kita usaha. Moga Allah mudahkan.

27 Apr 2014

Sembelit Selepas Bersalin & Cara Mengatasinya

Sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Bagi orang yang mempunyai kesihatan yang normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
• Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
• Pengambilan ubat-ubatan (terutamanya herba).
• Penyalahgunaan julap.
• Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus.

Akan tetapi, sesiapa yang sering terkena sembelit perlulah berhati-hati kerana sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.

Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Ini termasuk juga kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ditakuti ‘sejuk’.

Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:

Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.

Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Untuk mengatasi masalah sembelit selepas bersalin, cubalah cara-cara ini untuk mecegahnya:
1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.

2. Elak tabiat menahan untuk membuang air besar. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.

Walau bagaimanapun, para ibu boleh mengambil supplement yang boleh membantu mengurangkan sembelit selepas bersalin. Supplemen yang disarankan adalah supplemen yang mengandungi magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee.



Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis iaitu satu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. Pengambilan supplemen ini juga perlu disertakan dengan meminum air yang banyak.

OSTEMATRIX Shaklee boleh membantu anda untuk:
(1) Tidur malam lebih lena.
(2) Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
(3) Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
(4) Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya.

23 Apr 2014

Anda Mungkin Diancam OSTEOPOROSIS!!


"Laporan daripada Yayasan Osteoporosis Antrabangsa (IQF) menunjukkan rakyat Malaysia hanya mendapat separuh kalsium diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat"
(sumber : Mymetro, 1 Disember 2013)

✔FAKTOR RISIKO MENGALAMI OSTEOPOROSIS
*********************************
1. Umur – semakin umur meningkat, semakin tinggi risiko
2. Jantina – wanita lebih berisiko mengalaminya berbanding lelaki. Risiko semakin MENINGKAT apabila menaupose
3. Pemakanan yang kurang mengandungi kalsium
4. Tidak banyak melakukan aktiviti fizikal
5. Merokok
6. Pengambilan alcohol dan kafein yang berlebihan.

✔TIPS MENGURANGKAN RISIKO OSTEOPOROSIS
**********************************
1. Bersenam secara rutin dapat membantu membina tulang yang kuat & melambatkan proses kerapuhan tulang
2. Mengamalkan pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi. Keperluan kalsium sehari mengikut umur seperti berikut :

19- 50 tahun = 1000mg sehari
50- keatas = 1200mg sehari
Ibu mengadung/menyusukan = 1000mg - 1200mg sehari

3. Jangan merokok
4. Mengurangkan pengambilan alcohol dan kafein

✔PENUHI KEPERLUAN KALSIUM ANDA DGN OSTEMATRIX SHAKLEE
*******************************************************
1. 100% selamat, 100% semula jadi, dijamin halal
2. Di luluskan KKM
3. Berbentuk tablet bujur dan kecil dapat memudahkan anda untuk menelannya.
4. Mengandungi magnesium yang membantu menyerap kalsium, membina matrix tulang yang kuat dan kukuh serta mengekalkannya dalam tubuh
5. Dilengkapi dengan vitamin D yang membantu penyerapan dan penstabilan kalsium didalam darah
6. 4 biji Osteomatrix memenuhi keperluan kalsium harian anda

HARGA SEBOTOL = RM61

Tunggu dulu !!! Istimewa untuk mereka yang BIJAK,
Promosi LIMITED APRIL sahaja

⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩

➨ Dengan RM366 anda akan memperolehi 7 botol OSTEMATRIX!

Apa tunggu lagi?
Jangan biarkan tulang dan gigi anda MEREPUT sebelum masanya!

21 Apr 2014

Promosi Shaklee Bulan April 2014





Sempena bulan April nie, promosi Shaklee adalah Ostematrix.. Iaitu vitamin yang mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.. Gabungan yang wajib dalam satu tablet. Kalau tiada salah satu, maka keberkesanan akan kurang.

Biasa orang akan fikir untuk ostematrix untuk kesihatan tulang sahaja tetapi banyak fungsinya. Antaranya untuk sakit lenguh-lenguh badan, mengatasi masalah sembelit, untuk masalah migrain, untuk ibu mengandung, untuk buasir, set menopaus. Banyak kan...

Mereka yang wajib ambil ostematrix adalah;
1. Remaja (lelaki dan perempuan)
2. Wanita
3. Lelaki
4. Yang berusia.

Dan semua golongan peringkat umur la... 

Tahukah anda jika perempuan ataupun wanita yang datang bulan setiap bulan akan kehilangan banyak darah. Dan sangat digalakkan mengambil kalsium untuk menggantikan darah yang hilang bagi mengelakkan osteoporosis berlaku.

Dan tahukah anda remaja perempuan yang berumur belasan sangat memerlukan kalsium untuk memastikan tumbesaran untuk membesar dan tinggi. Jika kalsium tidak cukup, ia akan mempengaruhi ketinggian seseorang itu! 
Walaupun salah satu faktor adalah genetik keluarga la. Namun pengambilan kalsium yang cukup boleh mempengaruhi.

Wanita memerlukan kalsium yang sangat tinggi berbanding lelaki kerana wanita mengalami proses perubahan badan daripada keadaan mengandung, bersalin hingga proses penyusuan. Anda bayangkan bagaimana struktur tulang anda menampung semua proses tersebut.

Dan disebabkan itulah wanita sangat mudah letih, lesu dan kelihatan tampak lebih tua berbanding lelaki kan. So jangan ambil enteng yea kepentingan kalsium dalam badan kita.

Jom grab sementara promosi Ostematrix berlangsung ini kerana harga jauh lebih murah jika anda berdaftar sebagai ahli.

Kepentingan Asid Folik

Mungkin ramai yang sudah tahu akan pentingnya asid folic lebih-lebih lagi kepada seorang wanita. Namun, apakah asid folik sebenarnya? Disini saya ingin kongsikan 1 artikel kepada anda.

                         

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.


Berapakah jumlah yang diperlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang baik?


Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan :

 
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.


 Sumber : mamamia-lifecare

17 Mar 2014

Sakit Sendi, Tulang & Otot..???





Sakit sendi/ tulang memang boleh terjadi, tidak kira peringkat umur, samada tua mahupun muda. Bila sakit sendi, ia pastinya mengganggu pergerakan kita. Betul tak? 

Secara umunya, sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Bagi mereka yang selalu melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat bebanan pasti akan menyebabkan rasa sakit di bahu dan pinggang. Tak ketinggalan mereka yang aktif bersukan sehingga ada yang terseliuh, ligamen terkoyak / terputus akan membuatkan sendi berasa sakit. Malah kadang-kadang kita sendiri akan berasa tidak selesa atau sakit apabila ingin bangun dari duduk, ketika bersolat dan juga sekiranya kita memandu kereta / menunggang motosikal terlalu lama.


Sebab-Sebab Sakit Sendi


Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.




Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

Selain itu, berat badan yang berlebihan juga akan menyebabkan sendi kita berasa tidak selesa dan sakit.


Kurangkan Sakit Sendi Dengan Shaklee

Cara nak atasi masalah ini, boleh cuba SET KESIHATAN SENDI dari shaklee ini yg terbukti selamat dan InsyaaAllah berkesan.





ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
·         menyokong keselesaan sendi
·         memelihara tisu penyambung yang sihat
·         meningkatkan kesan kusyen


OMEGA GUARD
·         bertindak sbg pelincir
·         mengurangkan inflamasi akibat sakit sendi


OSTEMATRIX
·         mengandungi kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen)
·    mengandungi magnesium (membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang &  menguatkannya)
·        mengandungi Vitamin D (merangsang penyerapan kalsium)

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.