20 Aug 2014

Apakah Hukumnya Menyusukan Anak Lebih Daripada 2 Tahun??




24 Ogos 2014 ini, umur Insyira@adik dh nk masuk 3 thn… tp adik masih menyusu badan lg.. Ibu mmg ada perancangan nk stopkan pemberian susu bdn kpd adik masa umur adik masuk 2 tahun hari tuh.. tp bila tgk muka adik sambil tgh menyusu x smpi hati pulak ibu… sbb dgn menyusula ini hubungan kami b2 sgt akrab dan rapat.. adik sntiasa akan mcari ibunya.. itu yg bt ibu suka menyusukan adik.. kami sntiasa bkepit bdua.. susu tu mcm pengubat utk adik… klu adik sedih atau nk bermanja ngn ibu.. susu itu la yg akan dicarinya…kalu adik nk tido atau rasa x tenteram… susu itu jgk la pengubatnya…. kalu adik tengah main dan tetiba rasa dahaga.. susu tu jgk lah yg di carinnya.. main selak2 je baju ibunya ini.. tidak kira masa dan tempat asalkan adik dapat... hihihi.. disebabkan itu semua ibunya mmg x smpi hati nk stopkan adik drp menyusu susu ibunya..


Tapi xpe mungkin info ini boleh jd rujukan kpd sy dan sesiapa yg masih menyusukan anak yg dh berumur lebih daripada 2 tahun.. sharing is caring... 


Info 1
Hukum menyusu anak lebih daripada dua tahun adalah harus. Tiada sebarang dalil yang menunjukkan bahawa anak yang berumur dua tahun dan ke atas tidak diharuskan untuk disusui oleh ibunya. 

Info 2
Tak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan si suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan:“Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.

Info 3
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya. Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini. Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. 

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Info 4
Dan ini pencerahan daripada Ustaz Azhar Idrus tentang persoalan ini.. 


So moral of story... jgn la ibu2 yg masih menyusukan anak mereka yg lebih 2thn rasa risau… bg sy as ibu yg mnyusukan adik, ibu still kurangkan waktu penyusuan adik.. sbg cth kalu keluar bjln2 ibu dan ayah akan pastikan kami bawak bekalan susu botol@air utk adik minum... sekurang2nya adik xla kerap minta susu ibunya sgt… klu adik nk susu pun ibu bagi masa dlm kereta shja… dan adik sndiri tahu dan rasa malu kalu nak susu di dpn org ramai@lain.. adik akan rasa tidak selesa bila menyusu open mcm tuh.. dah besar katanya.. malu.. tahu plak adik nie.. hehehe.. bijakkkkk bijakkkkk.. 

Rasanya tiada masalah untukku teruskan penyusuan ibu buat adik... Kami percaya suatu hari nnti adik sendiri akan berhenti menyusu.. bila kedua2 kami sudah bersedia.. Biarlah ia terjadi secara semula jadi tanpa dipaksa.. Susu itu adalah segala2nya bagi adik… Ibu nak ucap terima kasih ibu kpd ayah yg bnyk memberi semangat, sokongan, dorongan dan sgt memahami ibu yg menyusukn adik… syukur Alhamdulillah… Semoga anak kami ini sihat, ceria dan bahagia selalu hendaknya... Adik, kaulah segala2nya bagi kami sekeluarga.. kami sayang adik lebih drp 200%...  umwahsss umwahssss.... 

0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.