27 Aug 2014

Kawal Stress : B-Complex

Pagi stress.. petang stress.. sepanjang hari stress.. jangan biarkan diri kita sentiasa dalam keadaan tertekan.
 
Kita semua mempunyai tekanan (stress) dalam kehidupan kita. Tetapi menurut Dr. Hyla Cass, Profesor Madya Psikiatri Klinikal di UCLA, stress bukan sahaja tidak menyenangkan malah, ia berbahaya. Kajian terkini menunjukkan stress memainkan peranan utama dalam tercetusnya banyak penyakit yang serius. Stress boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan tekanan darah tinggi, serta melemahkan sistem imun.


Kehidupan seharian memustahilkan kita untuk tidak langsung menghadapi stress. Ada yang stress di tempat keja, di jalan raya dan sebagainya. Jadi bagaimana kita boleh mengatasi stress?

Vitamin B boleh memberi manfaat dalam mengawal stress. Vitamin B tertentu boleh memberikan anda lebih tenaga, dan juga boleh menyokong kesihatan sistem imun dan saraf.

Vitamin B tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, mereka diperlukan setiap hari untuk tubuh mengekalkan tahap kesihatan. Suplemen vitamin B-Complex boleh membantu anda mendapat dan mengekalkan tahap sihat yang anda perlukan.

Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stress?
 

1.Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

2.Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

3.Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

4.Vitamin B5~ Asid Pantothenic memainkan peranan yang penting dalam melegakan tekanan/ stress. Sering dirujuk sebagai "vitamin anti-tekanan,".
Penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, menurut University of Maryland Medical Center. Vitamin B kompleks boleh membantu memulihkan kelenjar adrenal daripada stress.

5.Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress

6.Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

7.Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

8.Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya.

#Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
 
Anda berminat untuk mendapatkannya? 

0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.