14 May 2014

Melangkah Setapak Lagi...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... 
dengan ini saya ingin memperkenalkan blog...

"Anda Sihat, Keluarga Bahagia" 

...kepada semua saudara-mara, keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang sentiasa dihormati.

Syukur ke hadrat Ilahi di atas ilham kurniaan-Nya dan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan blog ini samada secara langsung mahupun tidak.

Jua, tidak lupa setinggi penghargaan kasih sayang kepada suami dan anak-anak yang memberi galakan, semangat dan inspirasi dalam memulakan perniagaan ini.

Blog ini adalah blog khas untuk berkongsi kisah kehidupan dan kejayaan, selain memperkenalkan produk shaklee yang terbukti berkesan, halal dan semulajadi.

Hampir satu bulan juga menyiapkan blog ini. Istimewanya, nama blog ini adalah gabungan nama dua anak perempuan saya iaitu Dina dan Syira. Semoga Allah merahmati dan memberkatinya.

Singgahlah seketika di blog "Anda Sihat, Keluarga Bahagia" (http://dinainsyira.blogspot.com/) ataupun FB page: Anda Sihat, Keluarga Bahagia

Sebarang tempahan, pertanyaan, kemusykilan dan perkongsian mengenai produk shaklee, saya sedia membantu anda secara profesional dan telus.

Jemput la ramai-ramai ke "Anda Sihat, Keluarga Bahagia" ye. Terdapat pelbagai produk dan pakej/set produk yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan dan kecantikan anda semua, dengan tawaran harga yang sangat menarik. Jika taknak beli, nak cuci-cuci mata pun boleh.
 

1 comments:

  1. selamat atas kehadirannya, melangkah setapak demi setapak didunia maya, semoga sukses dan sehat selalu.

    ReplyDelete

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.