27 Apr 2014

Stretch Marks Semasa Hamil

Apakah Stretch Marks?

Stretch Marks berlaku terutamanya pada ibu hamil di mana kulit mengalami regangan yang terlampau disebabkan pertumbuhan bayi dalam perut. Regangan yang terlampau akan membuatkan lapisan kulit kita pecah dan akan timbullah garisan yang tidak diingini. Kebiasaaannya ia berlaku di perut, paha, punggung dan juga di bahagian payudara. Ia juga berlaku bila keadaan ibu yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak semasa hamil.

Tips bagaimana meminimakan stretch marks sewaktu hamil:

1. Ambil makanan sihat untuk melembabkan kulit anda. Ambil vitamin prenatal dan makan makanan dengan kalori yang betul dari makanan berkhasiat iaitu yang mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayuran.

2. Minum 8 gelas air masak atau lebih untuk menjaga kelembapan dan elastisiti kulit.

3. Berjaga-jaga dengan peningkatan berat badan, pastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amaun yang disyorkan.

4. Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretchmarks seperti di payudara, paha dan pinggul setiap pagi dan malam dengan pemakaian losen atau minyak coco butter dan sebagainya.

5. Pengambilan diet yang tinggi protein. Protein akan merangsang komposisi kolagen kulit, dengan peningkatan kolagen ini akan mengurangkan kesan stretch marks yang ada. Pengambilan yang konsisten sudah pasti akan merubah kepada keadaan yang lebih baik.

Shaklee mengesyorkan produknya yang boleh memperbaiki struktur kulit secara dalaman hingga luaran iaitu dengan pengambilan ESP.  




Malah untuk suami mengambil bersama-sama pun digalakkan sebab ada kes perut suami yang sentiasa mengandung tetapi tak bersalin (perut buncit). Hehehehe… 

ESP (Energy Soy Protein):
1. Menganjalkan kembali kulit yang mengeleber disebabkan proses mengandung dan disebabkan stretch mark.

2. Memperbaiki dan menggantikan sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru iaitu memperbaiki kulit yang terdapat stretch mark.

3. Menjadikan tona kulit sekata di keseluruhan badan.

4. Mengembalikan radian kulit dan kepejalan kulit.




* Pengambilan ESP perlu diambil secara konsisten yea. Baru boleh dapat hasil yang diharapkan.

0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.