22 Apr 2014

Kenapa Kita Perlukan Vitamin @ Makanan Tambahan?




1. Penghadaman makanan yang tidak sempurna: 
Hal ini boleh terjadi bila anda mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dalam kadar yang cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu perlu berhati-hati dalam situasi begini.

2. Pemakanan dan peminuman: 
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

3. Pengambilan alkohol:
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

4. Merokok:
Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.

5. Pengambilan julap: 
Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat-waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin E dan A.

6. Proses pemasakan: 
Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B Compleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

7. Sakit: 
Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink,vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium,vitamin D dan C yang lebih banyak.

8. Tekanan: 
Badan anda memerlukan lebih vitamin B Compleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).

Anda tergolong di dalam kategori di atas?
Anda perlukan supplement?

DAPATKAN SUPPLEMENT DARI SAYA PADA HARGA ISTIMEWA.. 

Semua produk SHAKLEE adalah :
✒ HALAL
✒ SELAMAT
✒ SEMULAJADI

0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.