22 Apr 2014

Fakta Keputihan


Keputihan adalah masalah yang sering dihadapi oleh ramai wanita, terutamanya yang sedang melalui fasa kehamilan dan baru lepas bersalin. Sebelum saya kongsikan penyebab keputihan dan cara-cara terbaik dan berkesan untuk merawatnya, tahukah anda apa itu sebenarnya keputihan?

Keputihan merupakan cairan lendir yang keluar daripada faraj dan berwarna keputih-putihan dengan sifat-sifat pelbagai, bergantung kepada punca masalah tersebut.



Adakalanya ia normal dan tidak mendatangkan mudarat. Walaubagaimanapun, ada kes yang abnormal dan perlu diberi perhatian yang serius.

NOTA : Untuk wanita hamil, anda tidak perlu risau sekiranya faraj anda menghasilkan lelehan atau rembesan yang lebih banyak daripada biasa. Itu adalah normal. Walau bagaimana pun, anda perlu memberi perhatian yang lebih terhadap kebersihan dan penjagaan faraj untuk mengelakkan masalah keputihan melanda.

Jenis-jenis Keputihan & Puncanya

1. Berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal ~ Keputihan jenis ini adalah normal dan biasanya berlaku 2 minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan semada mengandung. ia juga dihasilkam sekiranya terlalu stress.

2. Berwarna putih, berair & berbau ~ Mereka yang mengalami keputihan jenis ini biasanya berasa gatal sekitar faraj dan sakit ketika membuang air kecil. Ini berpunca daripada jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicans

3. Putih pekat, melekit dan berbau ~ Keputihan jenis ini biasanya berpunca daripada radang pada serviks & vagina. masalah ini turut disebabkan oleh jangkitan candida albicans tadi

4. Coklat & berair ~ Dalam kes ini, ianya berpunca daripada masalah pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut boleh disebabkan oleh pendarahan seperti keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman.

5. Merah muda, cair dan tidak berbau ~ Situasi ini biasanya terjadi setelah melhirkan anak. ianya juga mungkin petanda berlaku pendarahan di pangkal rahim, rahim ataupun faraj. masalah ini juga boleh disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan.

6. Kelabu dengan garis berdarah serta berbau busuk ~ Keputihan jenis ini jarang berlaku dan berkemungkinan sebagai petanda awal kanser.

7. Kuning kehijauan, gatal & berbau busuk ~ Sekiranya keputihan yang anda alamai seperti ini dan berasa sakit di sekitar kawasan kemaluan serta mempunyai tanda kemerahan di faraj, anda mungkin terkena jangkitan kuman prozoa trichomonas vaginalis.

8. Kuning dan kental ~ Keputihan jenis ini menyebabkan anda terasa panas dan gatal pada kemaluan serta sakit ketika membuang air kecil. Ianya disebabkan jangkita nisseria gonorrhea.

Cara terbaik Merawat Keputihan

Cadangan terbaik untuk merawat masalah keputihan anda terdiri daripada:

1. Garlic
~ Antibiotik semulajadi, anti kulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan

2. Alfalfa
~ Kaya dengan klorofil yang bersifat antikulat

3. GLA
~ Menghalang kulat daripada merebak

Berminat untuk mengatasi masalah yang anda hadapi? Jangan malu-malu untuk buat tempahan... Harga mampu milik... B
aik cegah sebelum parah.... 

0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.