16 Aug 2014

Vitamin Keluarga - Vitamin Shaklee Untuk Semua

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani..

Dengan lafaz yang mulia saya mulakan entri blog saya hari ini demi berkongsi banyak lagi kebaikan dan keistimewaan produk Shaklee khasnya. Bermula dari pengguna biasa pada 2010 sewaktu mengandungkan anak ketiga saya, dan menyambung penggunaannya sampai sekarang. Mengambil langkah untuk menjadi seorang SID (Shaklee Independent Distributor) pada awal tahun 2013. Alhamdulillah.. dari niat nak makan saja-saja untuk kesihatan diri dan keluarga, saya juga dah mulakan langkah menambah punca pendapatan kedua dengan berShaklee.

Siapa sangka niat asal hanya untuk mendapatkan vitamin untuk keluarga secara lebih mudah dengan adanya ID sendiri.. boleh beli dengan harga ahli yang menjimatkan sehingga 20% dari harga pasaran. Kini satu demi satu langkah diambil, ternyata ia tidak sia-sia. Perolehi peluang untuk membina kesihatan keluarga dengan lebih baik malahan juga dapat menjana pendapatan kedua saya dan suami.

Kenapa vitamin dan suplemen Shaklee pilihan saya dan keluarga?

Memang diakui banyak vitamin dan suplemen kesihatan dari pelbagai jenama yang ada di pasaran Malaysia. Pilih saja mana satu kena dengan bajet anda, pilihan hati anda. Tapi kenapa Shaklee yang saya pilih? Kerana kesan positif yang saya terima bila menggunakannya jauh lebih baik dari vitamin lain yang pernah saya beli dari kebanyakan farmasi. Tambahan pula untuk kebanyakan vitamin asas Shaklee seperti Vitalea (multivitamin/multimineral), B complex, Ostematrix (Kalsium, Magnesium, Vita D), Vita C dan banyak lagi harganya adalah sangat berbaloi dengan kuantiti dan kualitinya. Tidak terlalu mahal dan mampu milik la bagi saya. Ini kerana setiap botol suplemen ni kebanyakannya boleh guna untuk lebih sebulan. Hanya vitamin tertentu sahaja yang perlu dibeli setiap bulan jika memang tegar makan hari2.

Setiap pembelian produk pula saya dapat kumpul point yang dikira setiap bulan untuk tukaran sebagai Cash Bonus* (T&C applied). Kiranya sambil-sambil beli untuk makan sendiri pun boleh ada peluang dapat bonus tunai ni walau sekadar puluh/ratus ringgit awalnya. Bila dah betul-betul start bagi komitmen untuk bisnes pula memang tak sangka.. boleh dapat income beribu pula setiap bulan. Yang penting kena berada dalam kumpulan yang betul, yang mampu guide anda untuk berbisnes dengan betul juga la. Pendek kata kalau nak buat bisnes ke tidak terpulang.. tak semestinya jadi ahli wajib bisnes! Oh tidak! Ramai aje yang jadi ahli sebab nak benefit harga ahli tu aje.. Dengan bayaran RM65 untuk pendaftaran keahlian untuk seumur hidup, memang semua orang tak rasa rugi pun.

Vitamin bagi keluarga kami 
(ayah,ibu,abang,kakak dan adik)

Kenapa saya katakan Shaklee ialah vitamin keluarga? Gambar di atas adalah vitamin bagi keluarga kami. Ada set untuk ibu menyusu, resdung, kecantikan kulit, kanak-kanak dan kurus. Alhamdulillah dengan mengambil produk Shaklee ini keluarga kami sentiasa sihat ceria dan bahagia. Syukur kepadaNya. Produk Shaklee boleh di ambil seawal usia anak setahun ke atas hinggalah mencecah usia emas, ada pelbagai pilihan vitamin/suplemen Shaklee yang bersesuaian. Pendek kata, satu keluarga berpeluang menikmati kesihatan dengan produk Shaklee. Selain itu terdapat juga produk penjagaan kulit wajah, produk untuk kebersihan rumah, produk untuk penjagaan rambut. Hanya tinggal nak pilih sahaja apa yang sesuai dengan keperluan kita. Paling penting untuk diingatkan, suplemen Shaklee hanyalah sebahagian dari ikhtiar untuk menjaga kesihatan kita. Maka penting juga pastikan pemakanan dan cara hidup kita juga dijaga dan diamalkan dengan baik dan berterusan untuk mencegah datangnya penyakit kronik yang tak terduga. Selebihnya, perlu berdoa juga semoga usaha kita yang sedikit ini diredhai dan diberkati Allah. Sebab yang memberi sihat dan sakit itu Allah jua. Bila amalkan produk Shaklee tidaklah bermaksud anda terlindung 100% dari sebarang penyakit, tapi jika terkena sakit pun mungkin ia boleh memudahkan anda cepat sihat kembali. Yang pastinya, Shaklee bukanlah ubat penyembuh segala penyakit, tapi lebih kepada pelan awal untuk penjagaan kesihatan. Prevention is better than cure right? Cukup vitamin dan mineral keperluan badan insyaAllah kuranglah penyakit berkunjung setiap masa.

Produk Shaklee hanya boleh menjadi asbab kesembuhan, dengan izin Allah jua. Jom sama-sama amalkan cara hidup sihat!

0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.