19 May 2014

Taraaaaa..... Kek Pisang Ku..


Permintaan en ayah dan anak2..dan inilah hasilnya..kek pisang lemak manis..menu utk mnum ptg slps en ayah dan anak2 balik drp kerja dan sekolah.. macam cantik jer macam sedap jer.. tapi dah xmacam..sbb smmgnya cantik dan sedap katanya..hihihi.. dalam hati ada taman bila dpt pujian sebegitu drp insan2 tsyg... terharunya.... huhuhu... 

Debor juga sbnrnya if xmjadi... sokmo gituh kan?? Hiiiii.... tp alhamdulillah berkat doa byk2 menjadi akhinya... Nama kek nie sje sy komersialkan gituh.. Kek Pisang Lemak Manis S7 BBBangi... lengkap belaka.. org boleh tahu sy guna pisang apa dan buatnya di mana.. hahaha.. kelasssss ko zeehannnn... !!!

Nak tahu resepinya?? sy kongsi resepi kat cni.. kot2 ada sesiapa yg bminat nak buat bolehla follow resepi nie.. 

Masa Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 55 minit


Jumlah Hidangan: 1 

Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum 

1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil garam 
1 cawan gula kastor 
3 biji pisang yang telak dilenyek 
2 biji telur gred A 
1/2 cawan minyak jagung 
1 sudu kecil esen vanila 

Cara Membuat:
  1. Alaskan acuan kek dengan kertas minyak, dan panaskan oven sehingga suhu 180 darjah 
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat,garam dan baking powder. Ayak dalam satu bekas. 
  3. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 atau sehingga 50 minit. 
  4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong. 
Senang je kan??? nak xnak je cari bahan dan buat... huhuhu... okla utk resepi kali ini... akan dtg akn ku upload lg... 


Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.